Harian Metro

Murid, guru maut dihanyut banjir

-

Amman: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas banjir kilat menghanyut­kan bas membawa sekumpulan murid sekolah swasta dan guru mereka yang mengadakan lawatan ke kolam air panas berhampira­n Laut Mati, lapor media tempatan.

Reuters melaporkan, Ketua Polis, Brigadier Jeneral Farid al Sharaa memberitah­u televisyen kebangsaan, sebuah bas membawa 44 kanak-kanak dan guru dihanyutka­n arus selepas hujan lebat tiba-tiba menyebabka­n air naik mendadak.

Sementara itu, Perdana Menteri Omar Razzaz berkata, sekolah itu berkemungk­inan melanggar peraturan kementeria­n pendidikan yang melarang lawatan ke Laut Mati disebabkan cuaca buruk.

Seramai 37 orang diselamatk­an dalam operasi besar-besaran membabitka­n helikopter, tentera serta penyelam yang berusaha mencari mangsa yang mungkin terselamat selepas dihanyutka­n arus dari kawasan lembah ke pinggir Laut Mati, iaitu kawasan paling rendah di muka bumi, lapor Jordan Times.

Sejumlah orang masih dilaporkan hilang, kata sumber hospital.

Salah satu jambatan di cenuram di Laut Mati runtuh akibat hujan lebat yang melanda pada hujung musim panas itu.

Keluarga mangsa turut menyertai usaha pencarian, malah meneruskan­nya pada waktu malam selepas operasi ditangguhk­an semalaman, kata saksi. Negara jiran, Israel, turut menghantar pasukan penyelamat untuk membantu usaha pencarian.

Sepuluh pelajar dan seorang guru ditemui selamat, lewat Khamis, lapor media tempatan. - Agensi

 ??  ?? PASUKAN penyelamat Jordan membawa kanak-kanak dan guru mereka ke tempat selamat. - EPA
PASUKAN penyelamat Jordan membawa kanak-kanak dan guru mereka ke tempat selamat. - EPA
 ??  ?? SEORANG lelaki mencari mangsa terselamat. - Reuters
SEORANG lelaki mencari mangsa terselamat. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia