Harian Metro

Dua bilionair terhasil di China setiap minggu

-

Zurich: China menghasilk­an dua bilionair baru setiap minggu tahun lalu ketika kekayaan golongan yang ‘ultra-kaya’ meningkat ke tahap baru, kata firma perbankan Switzerlan­d, UBS dan firma audit PwC, hari ini.

Tahap kekayaan bilionair juga mencapai lonjakan terbesar pada 2017 apabila mencatat peningkata­n 19 peratus kepada AS$8.9 trilion (RM37.14 trilion).

Menurut Financial Times, selepas 30 tahun China memperbaha­rui dasar ekonomi dengan membenarka­n syarikat persendiri­an, jumlah bilionair negara itu kini mencapai 373 orang atau seorang bagi setiap lima bilionair dunia yang berjumlah 2,158 orang.

Bilionair China yang jumlah keseluruha­n aset mereka meningkat 39 peratus tahun lalu, dengan nilai AS$1.12 trilion (RM4.67 trilion).

Perniagaan melalui Internet, terutama dalam talian, e-dagang, teknologi bio dan teknologi kepintaran buatan menjadi penyumbang terbesar kepada kemunculan bilionair baru China.

“Sejak satu dekad lalu, bilionair China mencipta banyak syarikat terbesar dan paling berjaya di dunia, termasuk meningkatk­an mutu kehidupan,” kata Josef Stadler yang mengetuai jabatan Ultra High Net Worth di UBS Global Wealth Management.

Pasaran saham

juga membantu pemilik syarikat meraih pendapatan lumayan, termasuk bekas penyelidik Universiti Washington di Seattle, Wang Jian, yang menjadi bilionair sekelip mata selepas BGI Genomics disenaraik­an di bursa saham Shenzhen pada Julai 2017.

Wang memiliki 32.5 peratus ekuiti dalam BGI dan penyenarai­an itu membolehka­n nilai saham BGI melonjak daripada AS$1.2 bilion (RM5 bilion) kepada AS$16 bilion (RM67 bilion) pada November tahun lalu.

Menurut AFP, ketika China menghasilk­an dua bilionair setiap minggu pada 2017, rantau Asia menghasilk­an lebih tiga bilionair seminggu.

Di benua Amerika, kekayaan bilionair meningkat lebih perlahan kepada 12 peratus bernilai AS$3.6 trilion (RM15 trilion) dengan Amerika Syarikat mencipta 53 bilionair baru pada 2017 berbanding 87, lima tahun lalu. - Agensi

 ??  ?? PRESIDEN BGI Genomics, Wang Jian. - Fail
PRESIDEN BGI Genomics, Wang Jian. - Fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia