Harian Metro

FABINHO BUAT KLOPP PENING

- AFP

Persembaha­n memberangs­angkan Fabinho ketika kejayaan Liverpool dalam kempen Liga Juara-Juara pertengaha­n minggu ini menyukarka­n pengurus Juergen Klopp membuat keputusan menjelang aksi domestik bertemu Cardiff di laman sendiri, malam ini.

Namun apa yang penting buat penyokong Liverpool adalah harapan mereka bagi menamatkan penantian 29 tahun untuk sekali lagi dinobat juara England apatah lagi pasukan itu kini menyamai kutipan mata dengan pendahulu Manchester City.

Pemain berusia 25 tahun dari Brazil itu menyertai pasukan dari AS Monaco dengan harga £39.9 juta (RM213 juta) pada musim panas lalu, awalnya menunjukka­n peningkata­n perlahan dalam bola sepak Inggeris.

Bagaimanap­un, penampilan­nya dari bangku simpanan pada minit ke-21 ketika menewaskan Huddersfie­ld baru-baru ini permulaan baik baginya dalam kempen liga dengan Klopp dilihat sudah melakukan tugas sebaiknya dalam membimbing pemain itu.

Prestasi Fabinho sepanjang 90 minit ketika kelab itu

membenam

„ Bos Reds sukar pilih 11 terbaik jumpa Cardiff

Red Star Belgrade 4-0 Rabu lalu secara tidak langsung menggambar­kan kemampuann­ya untuk memegang peranan utama di barisan tengah yang turut diisi pemain ternama England.

“Dia sangat bagus,” kata Klopp mengenai Fabinho yang menyambut ulang tahun ke-25, Selasa lalu. “Hadiah untuk hari lahirnya bukanlah kerana disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama, ia kerana kami bermain menggunaka­n sistem kegemarann­ya. Dia bermain baik dan ia sesuatu yang bagus.

“Dia amat agresif dan semuanya lengkap. Bagi permulaan keduanya dalam kesebelasa­n utama, ia bagus, sangat bagus.

“Agak mengagumka­n apa yang dilihat oleh setiap orang. Ia sentiasa membantu seseorang pemain sekiranya anda bermain satu perlawanan yang bagus - ia membantu kami dan membantuny­a juga. Itu adalah permulaan, jadi anda harus teruskan,” kata pengurus dari Jerman itu.

 ??  ?? FABINHO pamer aksi terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara.
FABINHO pamer aksi terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia