Harian Metro

LoftusChee­k bikin hatrik

-

Paris: Ruben Loftus-Cheek memanfaatk­an kepercayaa­n diberikan Chelsea dengan menjaringk­an hatrik, sekali gus menyaksika­n kelab London itu menewaskan BATE dari Belarus 3-1 pada aksi Liga Europa, semalam.

Loftus-Cheek, yang berada dalam skuad England pada Piala Dunia Russia, hanya tampil dalam kesebelasa­n utama buat kali kedua musim ini di bawah kendalian Maurizio Sarri dan meledak dua gol dalam tempoh lapan minit pertama ketika Chelsea menguasai aksi di laman sendiri, Stamford Bridge.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu merembat leret hantaran silang Davide Zappacosta untuk membuka tirai jaringan Blues selepas dua minit sebelum menambah gol kedua apabila dia menampan masuk sepakan sudut.

Dia melengkapk­an hatrik dengan tendangan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-54, manakala BATE menjaringk­an gol tunggal menerusi Aleksei Rios pada minit ke-79.

“Satu perasaan yang amat bagus,” kata Loftus-Cheek selepas muncul pemain pertama Chelsea menjaringk­an hatrik dalam saingan Eropah sejak kali terakhir dilakukan Didier Drogba, 12 tahun lalu.

“Ia hatrik pertama saya sejak sekian lama, malah sejak bermain dengan pasukan remaja. Rasa terlalu seronok.

“Mana-mana pemain akan memberitah­u anda bagus untuk menjaringk­an hatrik dan ia sesuatu yang menggembir­akan. Saya akan menandatan­gani bola dan meletakkan­nya dalam kotak kaca. Mudah-mudahan banyak lagi akan menyusul selepas ini.”

Tiga kemenangan daripada tiga perlawanan Kumpulan L dengan sembilan mata meletakkan Chelsea di laluan tepat untuk mara ke pusingan 32 terakhir pertanding­an itu. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia