Harian Metro

Persiapan awal berdepan banjir

-

Miri: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri melakukan persiapan awal termasuk menyediaka­n perkhidmat­an helikopter bagi menghadapi banjir di utara negeri ini.

Ketua JBPM Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata, langkah itu diambil bagi memastikan semua jentera dan bantuan dihulurkan untuk membantu mangsa banjir dapat disampaika­n tanpa masalah.

Katanya, sebuah helikopter disediakan di negeri ini untuk membantu menyalurka­n bantuan diperlukan kepada mangsa.

“Kami melakukan persiapan awal untuk menghadapi banjir yang kemungkina­n tiba tidak lama lagi. Diharap agensi kerajaan lain yang berkaitan melakukan persiapan sama,” katanya, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri yang turut dihadiri pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Poh Kiong berkata, kerjasama semua pihak diperlukan untuk memastikan banjir yang berlaku di utara negeri ini dapat diatasi dengan baik. Beliau berkata, semua agensi kerajaan perlu berkongsi maklumat tepat mengenai situasi banjir untuk mengelak tercetus sebarang kekeliruan.

“Maklumat mengenai banjir wajar diselarask­an dengan baik supaya tidak diputar belit dan mengelakka­n kekeliruan sehingga akhirnya menjejaska­n nama baik agensi berkaitan,” katanya.

Katanya, semua maklumat berkaitan banjir wajar dikemas kini dengan betul untuk memastikan semua data yang diperoleh tepat.

 ??  ?? MESYUARAT Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri sebagai persiapan menghadapi banjir.
MESYUARAT Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri sebagai persiapan menghadapi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia