Harian Metro

Naik hantu tetak isteri

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Perselisih­an faham dipercayai menjadi punca seorang lelaki tergamak menetak isterinya di kepala, muka dan tangan dalam kejadian di Ladang Pintasan, dekat sini, kelmarin.

Mangsa berusia 27 tahun dipercayai dibunuh dan laporan mengenai kejadian itu dilaporkan orang awam jam 8.45 malam.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat berkata, anggotanya dikejarkan ke lokasi selepas mendapat laporan mengenai kejadian bunuh di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut buah sawit, manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

A Sahak berkata, pemeriksaa­n terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan kecederaan akibat tetakan di muka kiri, atas kepala dan belakang kepala.

Katanya, selain itu pergelanga­n tangan kanan mangsa juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak.

„ Wanita maut dibunuh suami penganggur

“Pemeriksaa­n di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan atau bunyi bising dari rumah itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA ditemui dengan kesan tetakan di muka, belakang kepala dan tangan di rumah pekerja di Ladang Pintasan, Kinabatang­an
MANGSA ditemui dengan kesan tetakan di muka, belakang kepala dan tangan di rumah pekerja di Ladang Pintasan, Kinabatang­an
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia