Harian Metro

Ajar 11 anak semua subjek

-

Kota Bharu: Bapa kepada 11 anak daripada empat isteri, Datuk Dr Zulkepli Mohamad sanggup mengorbank­an masa menjadi guru kepada anaknya bagi memastikan mereka berjaya dalam pelajaran.

Zulkepli berkata, beliau menjadi guru untuk semua anaknya menerusi empat isterinya iaitu Datin Hasnah Mat Ya, Rafizah Senawi, Norida Razali dan Norreha Abdul Rahman walaupun tuntutan kerja seharian begitu padat selaku Pengerusi Eksekutif Wisma Akauntan Zulkepli.

Beliau berkata, segala kejayaan diperoleh perlu disemai seusia anaknya berada di tahun tiga dengan memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran sehingga mereka cemerlang dalam semua peperiksaa­n bermula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Perkahwina­n menerusi empat isteri itu dikurniaka­n 11 cahaya mata iaitu Zul Azreen, 31, Zul Azraai, 25, Zul Azlaan, 25, Zul Azree, 22, Juliana Aziera, 21, Ayu Syaheera, 21, Zul Azril, 21, Zul Azrul, 21, Zul Azran, 13, Zul Azim, 11, dan Amiera Zulaikha, 5.

“Begitu juga dengan empat anak saya yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Diploma Perakaunan dan berkongsi pentas pada Konvokesye­n di UiTM (Universiti Teknologi MARA) Machang, kelmarin. Ia menuntut pengorbana­n besar sebelum hasilnya yang membuatkan kami tersenyum lebar.

“Resipi bagi semua kejayaan anak adalah saya sendiri menjadi contoh dan guru kepada mereka seusia sembilan tahun. Seawal usia itu, setiap minggu saya mengajar mereka dalam semua subjek tanpa perlu mendapatka­n kelas tuisyen di luar.

“Begitulah keadaannya sehinggala­h mereka menempuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya di peringkat universiti. Bayangkan setiap kali anak menduduki peperiksaa­n, saya mengajar mereka setiap petang di pejabat sebaik mengambil mereka di sekolah.

“Jika 10 subjek anak saya ambil dalam peperiksaa­n, maka 10 subjek yang saya ajar. Ada ketika saya sendiri tidak faham dan mungkin lupa seperti Matematik Tambahan, namun saya sanggup mengupah guru untuk mengajar sebelum saya mengajar anak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia