Harian Metro

Sebak ayah tiada rai kejayaan

-

Machang: “Jika arwah ayah ada, pasti dia paling gembira selepas ibu apabila melihat kejayaan saya hari ini,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam, Nor Shuhada Hashim.

Nor Shuhada, 24, berkata, arwah ayahnya, Hashim Daud meninggal dunia pada Disember tahun lalu disebabkan penyakit buah pinggang yang dideritai selama dua tahun.

Katanya, ibunya, Nor Aini Awang Him, 47, bersama adik-beradik lain datang meraikanny­a dan terasa sebak apabila mengenangk­an arwah ayah yang tiada.

“Tiga tahun lalu ketika arwah masih sihat, dia sempat melihat saya melangkah naik ke atas pentas untuk menerima segulung diploma.

“Saya tahu jika hari ini ayah ada, pasti dia insan paling gembira melihat kejayaan ini,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-89, di UiTM Cawangan Kelantan, di sini, semalam.

Lebih manis lagi, Nor Shuhada juga adalah penerima Anugerah Naib Canselor apabila mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.93.

Sementara itu, graduan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Program Tekstil, Nurul Shafiqa Norrazemi, 21, berkata, sebagai penuntut universiti dia perlu bijak membahagik­an masa antara belajar dan juga aktiviti yang disertai di kampus.

“Walaupun sibuk macam mana sekalipun, saya akan mengutamak­an pelajaran dan memberi sepenuh perhatian ketika pensyarah mengajar di dalam bilik kuliah untuk memastikan memperoleh anugerah dekan bagi setiap semester.

“Bagi mendalami bidang seni lukis, pada Mac lalu saya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka Tekstil di UiTM Shah Alam,” katanya yang juga penerima Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.66.

 ??  ?? NOR Shuhada (kanan) dan Nurul Shafiqa meraikan kejayaan pada Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-89, semalam.
NOR Shuhada (kanan) dan Nurul Shafiqa meraikan kejayaan pada Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-89, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia