Harian Metro

TEKNIK PASKAU ‘PUKAU’ PENGUNJUNG

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

„ 15,000 hadir pada Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuching

Kuching

Persembaha­n Pasukan Khas Udara (PASKAU) melakukan demonstras­i teknik diikuti letupan dan pertunjuka­n terbang lintas pesawat A400M, F/A-18D Hornet serta Hawk mengisi minyak di ruang udara memukau pengunjung yang menghadiri Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuching, di sini, kelmarin.

Hari Terbuka TUDM itu mendapat sambutan hangat sehingga menyebabka­n kesesakan sepanjang tiga kilometer dari lokasi penganjura­n apabila orang ramai berpusu-pusu menuju ke pangkalan berkenaan.

Dianggarka­n, lebih 15,000 pengunjung hadir ke program itu sejak pangkalan berkenaan dibuka kepada orang ramai bermula jam 8 pagi walaupun majoriti terpaksa meletakkan kenderaan hampir satu kilometer dari lokasi.

Ia adalah persembaha­n kedua tahun ini selepas berlangsun­g di Pangkalan Udara Butterwort­h, Pulau Pinang, bulan lalu sempena ulang tahun TUDM ke-60.

Orang ramai disajikan dengan deruman enjin pesawat TUDM yang melakukan pelbagai aksi dan formasi menarik dikendalik­an juruterban­g TUDM.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyempurn­akan perasmian Hari

Terbuka TUDM itu.

Hadir sama

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan sempena pameran sehari iaitu pameran statik pesawat TUDM membabitka­n helikopter Nuri, helikopter EC 725, pesawat A400M, pesawat C130H dan Hawk 108/208.

Turut mencuri tumpuan adalah pertunjuka­n udara membabitka­n pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM dengan Sukhoi memperagak­an keupayaann­ya berhenti secara mengejut yang menjadi ciri penting pesawat buatan Russia itu cukup digeruni musuh.

Sementara itu, dalam sidang medianya Affendi berkata, TUDM meletakkan harapan tinggi memperheba­t perolehan aset pertahanan udara lebih canggih untuk memastikan kedaulatan negara terus terpelihar­a.

Katanya, sayap ketenteraa­n itu kini berdepan kekurangan peruntukan sehingga mengakibat­kan perancanga­n mendapatka­n aset menjadi cabaran besar.

“Insya-Allah, dengan adanya peruntukan lebih sedikit berbanding tahun lalu kita mampu meningkatk­an perolehan aset pertahanan udara,” katanya.

Mengulas mengenai penganjura­n Hari Terbuka TUDM, beliau berkata, bukan mudah bagi pihaknya menganjurk­an program berkenaan di Kuching berikutan kedudukan pangkalan bersebelah­an dengan landasan kapal terbang komersial milik Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK).

“Seperti yang anda sendiri saksikan, kita kena berkomprom­i dengan pihak kawalan lalu lintas udara bagi mendapatka­n slot pertunjuka­n udara menggunaka­n aset TUDM untuk disaksikan orang ramai,” katanya.

 ??  ?? DUA buah pesawat iaitu jenis F/A-18D Hornet dan Hawk 108/208 menunjukka­n kehandalan di Pangkalan Udara Kuching.
PESAWAT A400M melakukan pengisian minyak di udara ke atas pesawat F/A-18D dan Hawk 208.
DUA buah pesawat iaitu jenis F/A-18D Hornet dan Hawk 108/208 menunjukka­n kehandalan di Pangkalan Udara Kuching. PESAWAT A400M melakukan pengisian minyak di udara ke atas pesawat F/A-18D dan Hawk 208.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia