Harian Metro

Josiah syukur diberi watak besar

-

Kuala Lumpur: “Syukur, selepas lapan tahun menanti akhirnya saya ditawarkan watak besar dalam drama bersiri untuk slot Samarinda TV3 tahun ini,” kata pelakon Josiah Hogan ketika diminta mengulas statusnya di Instagram.

Menurut Josiah, dia tidak menyangka akan ditawarkan membintang­i drama terbitan Radius One berjudul Mimpi Sabrina untuk slot popular itu.

“Kali terakhir saya berlakon drama adalah untuk slot Akasia TV3 dengan bawa watak kecil pada 2011.

“Alhamdulil­lah, berkat kesabaran masih ada pihak yang nampak bakat saya dan sudi beri peluang.

>>Kali terakhir Josiah berlakon drama pada 2011

“Saya berharap lakonan dalam drama Mimpi

Sabrina dapat perhatian semua pihak terutama stesen TV.

“Dalam masa sama, diharap penerbit drama akan menawarkan watak yang pelbagai kepada saya untuk cabar lakonan selepas ini,” katanya.

Menurut Josiah, menerusi drama arahan Nizam Zakaria itu, dia berganding­an dengan pelakon Juliana Evans, Erwin Dawson, Tasha

Shilla, Ako Mustapha dan ramai lagi.

“Sudah lebih seminggu penggambar­an berlangsun­g. Walaupun watak saya tidak sukar untuk dilakonkan, saya tetap berusaha berikan yang terbaik.

“Menarik drama ini, penulis skrip banyak fokus kepada perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia