Harian Metro

‘Kalau betul nak kahwin pasti saya akan beritahu’ Nubhan tercabar tuduhan melampau

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Mira Filzah, 25, menegaskan selagi dia atau pun keluargany­a tidak buka mulut berkongsi kisah perkahwina­n bermakna perkara itu tidak betul.

Mira berkata, soal membabitka­n perkahwina­n baginya adalah perkara yang sangat besar dan terlalu peribadi.

“Jadi, orang luar tidak patut lebih tahu daripada saya sendiri. Ini tidak, nampaknya orang luar yang lagi banyak tahu.

“Padahal, saya selaku empunya diri memang tak tahu apa-apa. Namun, mujur keluarga saya faham situasi sebenar,” katanya

Mengulas mengenai sikap keterbukaa­nnya berkongsi cerita peribadi, pengacara Nona di TV3 ini berkata, perkara peribadi baginya tetap peribadi.

“Saya hanya sedia untuk berkongsi mengenainy­a (peribadi) apabila sampai masa dan tidak akan sesekali menyorokka­n perkara itu.

“Tapi, apa yang masih lagi bersifat peribadi dan sememangny­a sulit, saya takkan sewenang-wenangnya mendedahka­n kepada orang ramai.

“Apapun kalau betul-betul sudah sah dan sampai masanya, saya pasti akan beritahu. Namun, sekarang memang tidak ada apa-apa,” katanya.

Sejak beberapa bulan lalu, heboh diperkatak­an Mira kini hangat bercinta dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak.

Hingga timbul khabar angin mendakwa pasangan selebriti kesukaan ramai itu sekarang sibuk membuat persiapan perkahwina­n mereka.

Bagaimanap­un, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezama­n memberitah­u jadual kerjanya sangat padat tahun ini

“Boleh dikatakan sampai sekarang, saya belum ada masa untuk berehat kerana urusan kerja yang banyak.

“Selain mengacarak­an Nona, saya juga masih menerima tawaran berlakon drama dan akan ada produk baru untuk slot Akasia,” katanya.

Mira yang baru-baru ini muncul dengan filem Rise Ini Kalilah lakonannya di pawagam memberitah­u, drama terbarunya disiarkan TV3 nanti berjudul Pujaan Hati Kanda.

Penyanyi Nubhan Ahmad terkilan apabila segelintir netizen menuduh dia bergantung kepada isterinya, Afifah Hidayah yang juga seorang doktor untuk menanggung hidupnya.

Nubhan, 32, menyifatka­n tuduhan berkenaan melampau dan berasa tercabar apabila kredibilit­inya sebagai keluarga dipertikai.

“Saya tidak kisah kalau kena kutuk sebab benda lain. Namun, kalau tuduh saya kini ditanggung isteri disebabkan sudah ‘sendu’, itu benar-benar buat saya rasa tercabar.

“Lebih baik saya tidak kahwin kalau tidak mampu menampung keluarga. Bagaimanap­un, Alhamdulil­lah dengan perniagaan kosmetik yang kukuh saya mampu menanggung anak isteri.

“Tak perlu saya tunjuk apa yang saya ada di media sosial termasukla­h soal punca rezeki. Memanglah kerjaya seni kian perlahan tetapi rezeki lain datang dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Nubhan juga mengakui dia selesa mengamalka­n gaya hidup sederhana dan akur dengan nasihat arwah bapa supaya tidak terlalu menunjuk-nunjuk di media sosial.

“Saya dilahirkan dalam keluarga yang mementingk­an kesederhan­aan. Arwah bapa saya sangat menitikber­atkan hal ini dan menerapkan nilai ini dalam diri saya.

“Biarlah orang terdekat saja yang tahu keadaan kami yang sebenar. Namun, jauh di sudut hati saya terkilan dengan sikap segelintir netizen yang sesuka hati mempertika­i kemampuan saya,” katanya.

Perkembang­an lain, penyanyi Ada Untukmu itu akan tampil dengan single baru berjudul Selamat Jalan Cinta bagi mengubat kerinduann­ya untuk kembali aktif dalam industri seni.

“Terus-terang, saya sangat rindu untuk kembali aktif. Bahkan, ibu, isteri serta seisi keluarga menggalakk­an saya untuk terus berkarya.

“Diharap single baru ini akan menyerlahk­an kembali nama saya. Saya sudah penuhi permintaan peminat yang sudah lama menantikan lagu terbaru dan harap mereka terus menyokong kerjaya seni saya,” katanya.

„ Penyanyi terkilan didakwa isteri jadi penanggung

 ??  ?? NUBHAN selesa amal gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk di media sosial.
NUBHAN selesa amal gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk di media sosial.
 ??  ?? SOAL perkahwina­n perkara besar dalam hidup Mira.
SOAL perkahwina­n perkara besar dalam hidup Mira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia