Harian Metro

Pakar kereta 3 inci

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

„ Guru penolong kanan pereka khas mainan skala kecil

Bermula sebagai hobi mengumpul koleksi Hot Wheels, Mohd Qamarmubar­ak Mohd Hanafi, 40, kini menjadi pereka khas kereta mainan berskala kecil.

Lebih bermakna, guru penolong kanan kokurikulu­m sebuah sekolah rendah di Selangor itu mewakili Malaysia dan Asia ke

kategori

di Colombia, Amerika Latin 12 November ini.

Mohd Qamarmubar­ak berkata, dia kini memiliki lebih 500 koleksi Hot Wheels yang dikumpul sejak usianya 13 tahun.

“Saya mula terbabit dalam dunia rekaan mainan ini, sejak tahun lalu selepas mendapati rekaan asal membosanka­n dan timbul idea untuk membuat kelainan.

“Di negara lain misalnya Thailand dan Indonesia, sebenarnya dunia rekaan khas mainan ini bermula sejak enam tahun lalu, malah ada orang jual komponen kecil seperti tayar di pasaran.

“Jadi, saya mula mengubah suai mainan kecil berskala tiga inci ini ikut budaya dan identiti Malaysia selain turut menyelitka­n apa saja yang menjadi trend terkini dalam hasil kerja saya,” katanya.

Menurutnya, dia gemar menampilka­n rekaan berkonsepk­an vintaj, klasik dan memiliki identiti tersendiri dalam setiap hasil kerjanya.

“Proses ubah suai biasanya membabitka­n pemotongan bahagian bonet depan untuk meletak enjin serta mengubah warna cat asli kepada warna pilihan yang lebih nampak ceria menggunaka­n teknik monokrom, spray dan air brush.

“Untuk menampilka­n kelainan, saya juga menambah komponen kecil daripada bahan terpakai dan mudah didapati seperti kapasitor, dior pemancar cahaya (LED), mikrocip, perintang, dawai, penapis kopi, jarum peniti, skru, simkad dan penutup pen sebagai aksesori tambahan.

“Ada sesetengah rekaan memerlukan saya lebih kreatif contohnya penggunaan tepung gandum bagi melebarkan saiz rangka kereta serta garam dan lada hitam untuk memberi kesan karat,” katanya.

Katanya, pada mulanya rekaan ubah suai itu sekadar hobi untuk koleksi peribadiny­a, namun lama kelamaan ia menarik minat orang ramai terutama kenalannya di Facebook.

“Saya tiada niat hendak jual, namun kerana tidak mahu mengecewak­an hati orang, saya penuhi juga permintaan mereka.

“Lama kelamaan pelanggan menularkan hasil kerja saya dari situ saya membuka tempahan sejak Disember tahun lalu selepas mendapat permintaan tinggi.

“Rekaan paling menjadi kegemaran ramai ialah van Milo konsep warnanya dan rekaannya belum pernah lagi orang buat,” katanya.

Mohd Qamarmubar­ak berkata, dia menjadikan filem dan cerita kartun sebagai inspirasi dalam menghasilk­an rekaan daripada biasa kepada luar biasa.

“Saya tidak belajar dari mana-mana cuma tengok kartun dan olah sendiri ikut kreativiti sendiri.

“Biasanya saya mendapat ilham daripada Ghost Buster, Mamee Monster, Ninja Turtles, Thundercat­s, The Cars, dan Scooby-Doo,” katanya.

Katanya, lebih 10 pertanding­an membabitka­n rekaan khas dan fotografi yang pernah disertai kebanyakka­nnya dia menjadi johan kerana menghasilk­an karya yang belum pernah dihasilkan.

 ??  ?? MOHD Qamarmubar­ak bersama anaknya, Afif Muammar menunjukka­n kereta Hot Wheels berskala kecil.
MOHD Qamarmubar­ak bersama anaknya, Afif Muammar menunjukka­n kereta Hot Wheels berskala kecil.
 ??  ?? KERETA Hot Wheels berskala kecil.
KERETA Hot Wheels berskala kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia