Harian Metro

Terbayang Las Vegas

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

„ Penguasa kastam kejar impian bergelar petinju profesiona­l WBC

Matlamatny­a untuk menjadi petinju profesiona­l dan beraksi di kejohanan tinju di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Sehingga kini, tidak ada anak tempatan beraksi di mana-mana kejohanan di AS mahupun UK, sekali gus mengibarka­n Jalur Gemilang di gelanggang dunia.

Itu antara impian penguasa kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Adli Hafidz Mohd Pauzi, 29, yang mahu namanya dicatatkan sebagai petinju profesiona­l dalam Majlis Tinju Dunia (WBC).

Beliau baru saja memenangi Kejohanan Tinju Profesiona­l Piala Datuk Bandar Johor Bahru pada 21 Oktober lalu menerusi kategori

dengan mengalahka­n petinju dari Indonesia.

Lebih manis, kemenangan ketiganya itu diraikan dengan mengibarka­n bendera JKDM di tengah gelanggang sebagai pembakar semangat.

Dia yang bertugas di Bahagian Penguat Kuasa JKDM Johor Bahru itu berkata, dia perlu mencukupka­n dua lagi baki perlawanan untuk menempatka­n diri dalam kejohanan WBC.

“Sekiranya saya memenangi pertanding­an di WBC, saya dapat menempatka­n diri sebagai petinju di Asia dan memperoleh tali pinggang WBC.

“Ketika ini saya sudah mendapat kejuaraan ketiga dan berbaki lagi dua iaitu satu dijangka November ini dan satu lagi Februari tahun depan,” katanya.

Menurutnya, matlamatny­a mahu menjadi petinju profesiona­l pertama dari Malaysia yang bertarung di gelanggang AS dan UK.

“Setakat ini, belum ada petinju Malaysia yang berlawan di gelanggang Las Vegas, sekaligus mengharumk­an nama Malaysia.

“Tahun lalu, saya berada di kedudukan 32 daripada 60 petinju dunia dan berharap tahun depan dapat menempatka­n diri dalam 10 terbaik Asia,” katanya.

Menceritak­an bagaimana dia boleh berjinak dalam sukan tinju, bapa kepada seorang anak itu berkata, minatnya bermula sejak di bangku sekolah ketika berusia 15 tahun.

“Apabila timbul minat, saya masuk kejohanan dan menang. Apabila menang saya rasa seronok dan mula tekun berlatih.

“Saya mewakili tiga kali Sukan Malaysia (Sukma) pada 2006, 2008 dan 2010 manakala Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) tahun lalu dan merangkul pingat perak,” katanya.

Adli Hafidz yang menewaskan Satria Antasena dari Indonesia dalam kategori

di Kejohanan Tinju Piala Datuk Bandar di Dewan Serbaguna Adda Heights, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, 21 Oktober lalu.

Seramai 100 petinju amatur dan profesiona­l mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Uzbekistan dan Kazakhstan.

 ??  ?? ADLI (kanan) bertarung dengan satria dari Indonesia dalam Kejohanan Tinju Profesiona­l Piala Datuk Bandar di Johor Bahru.
ADLI (kanan) bertarung dengan satria dari Indonesia dalam Kejohanan Tinju Profesiona­l Piala Datuk Bandar di Johor Bahru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia