Harian Metro

Asah bakat anak bidik panah

-

Alor Gajah: Biar berhabis wang asalkan anak cekap memanah kerana aktiviti itu mampu menajamkan minda dan menguatkan semangat juang untuk mencapai kejayaan hidup.

Itulah slogan tertanam dalam minda jurutera, Mohd Zahar Md Yassin, 38, yang diterapkan dalam mendidik tiga anaknya iaitu Nur Zaliqah Zafirah, 3, Nur Zahraa Zayna, 6 dan Nur Zahwa Zulfa, 7.

Dia berkata, meskipun masih kanak-kanak, ketiga-tiga anaknya dididik mengenai kaedah mengendali­kan busur dan anak panah untuk dilepaskan ke papan sasar iaitu simbolik perjuangan mencapai matlamat hidup.

Menurutnya, busur adalah lambang iman dan amal serta usaha mencapai kecemerlan­gan hidup di dunia dan akhirat serta tidak boleh lari daripada takdir Allah.

Untuk tujuan itu, dia membelanja­kan lebih RM2,000 untuk membeli busur

dan anak panah serta papan sasar semata-mata untuk memastikan anaknya mahir memanah.

“Saya mendaftark­an anak di kelas memanah di Taman Belimbing Setia, Durian Tunggal dekat Alor Gajah tahun lalu.

“Selepas mereka mahir, saya mula membawa mereka berlatih di padang ini apabila ada kelapangan,” katanya di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah di sini, semalam.

Mohd Zahar yang tinggal di Kampung Hujan Panas, Masjid Tanah berkata, dia mendalami ilmu memanah daripada tenaga pengajar di taman berkenaan.

Menurutnya, kemahiran memanah itu dicurahkan kepada anaknya.

Katanya, meskipun terpaksa berbelanja lebih untuk membeli peralatan memanah, dia gembira apabila mendapati anaknya semakin mahir dalam aktiviti itu selain memahami makna tersirat di sebalik kemahiran memanah.

“Rasulullah SAW menggalakk­an umat Islam belajar memanah kerana ia menajamkan fikiran dan mendidik kita fokus dalam usaha dilakukan serta berjaya unia dan akhirat,” katanya.

 ??  ?? MOHD Zahar melatih anak-anaknya memanah.
MOHD Zahar melatih anak-anaknya memanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia