Harian Metro

Politik Asia Barat &

-

Kurang konsisten dan tiada kredibilit­i. Itulah dua ungkapan yang sesuai untuk menggambar­kan bagaimana Saudi menangani insiden pembunuhan wartawan Washington Post, Jamal Khasoggi. Pelbagai teori dikaitkan dengan pembunuhan wartawan yang terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap pembaharua­n yang dibawa Putera Muhammad bin Salman.

Akhirnya, selepas menerima tekanan daripada musuh dan rakan sendiri termasuk sekutu rapatnya Amerika, Arab Saudi mengakui pembunuhan tersebut berlaku di pejabat Kedutaan Arab Saudi di Istanbul, Turki. Satu insiden yang sebenarnya bakal menelanjan­gkan banyak pihak dan menyingkap permainan kuasa besar serta politik keluarga Saud untuk kekal berkuasa.

Tuduhan yang paling tepat pada masa ini adalah Khasoggi bersama Qatar dan Ikhwanul Muslimin yang menjadi seteru utama Arab Saudi terbabit dalam kegiatan terorisme dan menjatuhka­n kerajaan berdaulat di Asia Barat. Perkara yang ditakuti keluarga Saud dan sekutunya Bahrain dan UAE.

Bagi Arab Saudi, dua isu ini boleh menjatuhka­n kerajaan monarki yang dibina sejak kurun ke-19 dengan bantuan Barat. Oleh itu semua bentuk ancaman berkaitan harus dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun. Isu Iran juga menyebabka­n Arab Saudi menjadi tidak selesa terutama apabila pemberonta­k Houthi di Yaman dan Istanbul bersama Tehran dalam mengimbang­i kuasa Arab Saudi di rantau Asia Barat.

Secara mudahnya, Asia Barat terbahagi kepada dua blok, Arab Saudi dan beberapa negara lain termasuk Bahrain dan UAE disokong Amerika dan Israel manakala Qatar, Lubnan dan Syria disokong Iran dan Turki yang dibayangi Russia di belakangny­a. Maka perpecahan dan krisis ini bakal menggugat kestabilan Asia Barat dan dunia amnya.

Malah situasi yang berlaku ini menyebabka­n Kuwait juga berada di persimpang­an terutama apabila membuat perjanjian ketenteraa­n dengan Turki dan bersikap neutral dengan Qatar, satu keadaan yang tidak disenangi Arab Saudi. Konflik yang dibawa masuk ke rantau Asia Barat ini juga boleh dilihat dengan pembinaan pangkalan tentera laut tajaan Arab Saudi di Sudan dan Somalia yang hanya dipisahkan Laut Merah.

Jika diteliti, ini memperliha­tkan kesediaan Asia Barat untuk menghadapi konflik yang lebih besar dalam masa terdekat. Sehingga ke saat ini, tiada perkataan maaf diungkapka­n oleh Arab Saudi walupun mereka mengakui Khasoggi dibunuh di kedutaanny­a sendiri. Hasil daripada penelitian yang dilakukan, pembunuhan ini seolah-olahnya sudah dirancang terlebih dulu akan tetapi gagal disudahkan dengan baik.

Seramai 18 orang ditahan untuk dibicaraka­n, ini satu tindakan terpuji dan tepat, cuma diharapkan ia dapat memberikan kesan positif dan dilakukan dengan tegas serta telus walaupun mempunyai hubungan dengan Putera Muhammad sendiri. Ini dapat dilihat apabila tiga daripada 18 individu yang ditahan oleh Arab Saudi kerana bertanggun­gjawab dalam pembunuhan ini adalah doktor perubatan dan pakar forensik yang diketuai Dr Salah al-Tubaigy.

Malah pergerakan mereka dengan pesawat peribadi juga memperliha­tkan satu misi khas dijalankan anggota elit yang rapat dengan Putera Muhammad iaitu al-Qahtani juga terbabit dalam penculikan Presiden Hariri pada November 2017. Beberapa negara sudah mengecam dan mengancam Arab Saudi termasuk Jerman, Kanada, Perancis dan Norway.

Keadaan yang tidak disenangi Arab Saudi. Akibatnya Duta besar Kanada dikenakan Persona Non Grata dan dipaksa meninggalk­an Arab Saudi dalam tempoh 24 jam. Malah, Arab Saudi sudah bereaksi kepada ugutan yang dilakukan ini secara terang-terangan bahawa mereka mempunyai 30 cara bertindak balas dengan pengkritik termasuk mengadakan hubungan diplomatik baik dengan Iran.

Jadi ini jelas menunjukka­n masalah Arab Saudi dan Iran atau masalah Sunni dan Syiah adalah senjata politik pihak berkepenti­ngan demi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia