Harian Metro

Keluarga Saud

-

memastikan kelangsung­an kuasa dan politik mereka. Bagi hubungan luar Arab Saudi dengan Amerika Syarikat (AS) pula, Donald Trump tidak melihat insiden ini sebagai satu masalah, apa yang lebih menjadi keutamaan adalah penjualan senjata kepada Arab Saudi bernilai AS$35 bilion setahun.

Malah bagi Trump, Khasoggi bukan rakyat AS, beliau hanya memohon kerakyatan dan tidak membawa apa-apa kepentinga­n kepada AS. Malah Trump melihat isu penganggur­an di negaranya yang sudah mencecah hampir 1 juta orang adalah keutamaan bukan mengenai seorang lelaki yang memohon suaka politik bernama Khasoggi.

Trump juga melihat hubungan dagangan minyak di antara Arab Saudi dengan Barat terutama Amerika sendiri lebih penting dan perlu dijaga dan bukannya Khasoggi. Turki juga secara tidak langsung terbabit sama dalam isu ini terutama apabila pembunuhan ini berlaku di Istanbul. Malah sokongan terbuka Turki kepada Qatar dan Iran juga menjadikan hubungan Istanbul-Riyadh dalam keadaan panas dan tegang.

Bagi Turki, secara tidak langsung, inilah peluang Recep Tayyip Erdogan meneruskan langkah berani menjadi juara kepada dunia Islam. Kejaguhan Istanbul dalam kebanyakan isu Muslim termasuk Rohingya dan Palestin akan dapat diteruskan dalam insiden terbaru ini. Malah pada Mac tahun ini, Putera Muhammad sudah menggelar Turki termasuk dalam bersama Iran dan ekstremis (Ikhwanul Muslimin).

Arab Saudi melihat Erdogan sebagai kepada perjuangan

Ikhwanul Muslimin.

Erdogan juga secara lantang menolak usaha mengguling­kan Mohamed Morsi yang dilihat sebagai usaha licik Arab Saudi yang disokong Barat untuk menggagalk­an usaha politik Ikhwanul Muslimin dan proses reformasi Asia Barat. Malah Erdogan juga dilihat meraikan kemenangan

Morsi di Mesir pada 2011. Seperkara lagi, insiden pembunuhan Khasoggi jelas memperliha­tkan bagaimana kehebatan agen perisikan Turki, rakaman audio dalam pejabat kedutaan, video pergerakan di dalam dan luar kedutaan, pergerakan dan rakaman perisik Arab Saudi dan lain-lain lagi jelas memperliha­tkan kemampuan luar biasa unit perisik Turki yang dikenali sebagai Milli Istihbarat Teskilati (MIT).

Malah Turki dari awal lagi menyatakan Khasoggi sudah dibunuh dan mereka mempunyai bukti sahih, ini adalah satu tuduhan yang berani dan berasas, jika tidak ia pasti akan memalukan Istanbul. Kesan lainnya berkaitan kerahsiaan yang seharusnya dimiliki mana-mana kedutaan dan konsulat di Turki dan di luar negara.

Sudah pasti dengan pendedahan yang berlaku dalam kedutaan Arab Saudi sendiri, ia bakal menimbulka­n perasaan curiga dan sangsi mengenai berlakunya pengintipa­n dalam premis kedutaan di Turki termasuk kedutaan Malaysia di Ankara. Seterusnya berkaitan dengan usaha pembaharua­n yang sedang dilakukan Putera Muhammad.

Keupayaan Putera Muhammad merubah persepsi Barat dan dunia daripada sebuah negara konservati­f kepada modernis Muslim amatlah baik dan ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Akan tetapi, apabila meledaknya isu ini, sedikit sebanyak menjejaska­n reputasi Putera Muhammad terutama dengan sikap beliau yang tidak toleran dengan kritikan. Selain itu, 23 oktober adalah hari penting yang mana Arab Saudi membawa ramai pelabur luar ke Riyadh dalam persidanga­n yang dikenali sebagai

Signifikan­nya, insiden ini menyebabka­n ramai CEO syarikat besar dunia menarik diri dan tidak selesa dengan pendekatan keras dan autokratik oleh Putera Muhammad. Lebih-lebih lagi apabila orang kanan Putera Muhammad dilihat terbabit secara langsung dalam insiden ini.

Penulis Prof Madya UniMAP, Pengarah MyRISS dan Felo Kehormat ISSI-CONCAVE

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia