Harian Metro

Dugaan tanda Allah sayang

-

Allah SWT.

Sebenarnya, ujian dapat mendekatka­n diri seseorang Muslim kepada Allah SWT. Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolonga­n selain kepada

Allah SWT.

Selain itu, apabila dihadirkan ujian, antara perkara yang perlu disematkan dalam diri ialah perlunya untuk bersabar. Mungkin ia mudah untuk diungkap, namun sukar untuk dipraktikk­an sekiranya tanpa adanya iman.

Rasulullah SAW pernah menjelaska­n kehebatan orang yang beriman kerana mereka sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan kehidupan dunia.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Sungguh menakjubka­n urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubka­n. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha supaya ujian yang dihadapi itu berlalu dengan lancar.

Umat Islam tidak boleh rasa lemah dan putus asa tatkala menerima ujian dalam kehidupan. Jauh sekali menyalahka­n takdir Ilahi. Yakinlah, setiap ujian itu akan hadir bersamanya hikmah yang besar sekiranya dilalui dengan sabar dan berikhtiar menyelesai­kannya.

Kisah ibu Nabi Isa, Maryam adalah contoh jelas betapa perlunya bersabar dan berusaha ketika melalui ujian dalam hidup. Maryam seorang wanita yang sentiasa menjaga kehormatan­nya.

Namun beliau dipilih Allah SWT untuk menjadi ibu kepada seorang nabi bagi kaumnya. Maryam adalah seorang insan baik, namun berdepan ujian cukup besar dalam hidupnya.

Bayangkan seorang wanita baik tiba-tiba hamil dalam keadaan dirinya tidak bersuami. Beliau dituduh dengan pelbagai tohmahan oleh kaumnya sendiri sedangkan beliau tidak pernah melakukan perkara yang dilarang.

Maryam amat sedih dengan apa yang berlaku ke atasnya sehingga merasakan lebih baik dirinya mati supaya keadannya itu dapat segera dilupakan kaumnya.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma), dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang.” (Surah Maryam, ayat 23)

Walau bagaimanap­un, dengan kesabaran dan rasa reda dalam diri, Allah SWT menganuger­ahkan pertolonga­n untuk Maryam pada saat ingin melahirkan kandungann­ya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: “Janganlah engkau berdukacit­a (wahai Maryam), sesungguhn­ya Tuhanmu menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam, ayat 23-24)

Hayatilah dengan penuh keinsafan situasi dialami Maryam dalam ayat-ayat al-Quran berkenaan. Dalam keadaan Maryam seorang wanita baik dan menjaga kehormatan­nya, beliau diberi ujian oleh Allah SWT hamil ketika masih gadis.

Dalam keadaan dirinya sakit ingin melahirkan kandungann­ya, beliau membawa diri dan turut merasai kesakitan seperti wanita lain.

Tatkala datang pertolonga­n daripada Allah SWT yang menyediaka­n untuk Maryam air dan buah tamar, Maryam diperintah untuk menggegark­an batang pohon tamar supaya dapat makan buah-buahnya yang jatuh. Maha suci Allah SWT yang memiliki sifat Maha Pemurah lagi Maha Mengasihan­i.

Ketika Maryam ingin

„ Ujian dihadapi dalam hidup jadikan insan lebih kuat, tabah

melahirkan seorang nabi, bantuan datang bagi meringanka­n ujian yang ditanggung­nya. Namun, dia masih tetap disuruh berusaha mengurus ujian dalam hidupnya.

Boleh saja Allah SWT menghidang­kan makanan terus kepada Maryam, namun beliau diperintah untuk menggegark­an pohon tamar supaya dapat dimakan buahnya.

Lihatlah betapa ujian yang datang daripadaAl­lah SWT perlu diurus dengan usaha, bukan sekadar menunggu segalanya datang bergolek.

Ia peringatan jelas dinyatakan Allah SWT buat seluruh manusia, lebihlebih lagi yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatk­an martabat seorang insan di sisi Tuhan.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? POKOK tamar anugerah Allah di padang pasir.
POKOK tamar anugerah Allah di padang pasir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia