Harian Metro

Empat syarat wajib bayar zakat harta

-

kerana sesungguhn­ya doamu itu menjadi ketenteram­an bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Taubah, ayat 103)

Demikian juga antara syarat yang mewajibkan seseorang itu mengeluark­an zakat iaitu:

Islam dan merdeka yang bermaksud tidak wajib zakat ke atas orang kafir serta ke atas hamba.

Pemilikan penuh yang bermaksud harta yang boleh digunakan tanpa apa-apa halangan atau bukan harta dikongsi.

Cukup nisab yang sudah ditetapkan iaitu sejumlah harta yang mencapai nilai yang diwajibkan untuk berzakat.

Cukup haul (setahun Qamariah) iaitu genap setahun harta itu berada dalam simpananny­a. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji 2/8, Rujuk Kifayatul alAkhyar - 1/169)

Untuk menjawab persoalan berkenaan, seseorang itu tidak wajib dikenakan zakat sehingga dia mencukupi syarat yang dinyatakan.

Meskipun seseorang itu masih di bawah jagaan ibu bapanya, sekiranya dia dan hartanya mencukupi syarat berkenaan, maka dia wajib untuk mengeluark­an zakat.

Ini berdasarka­n hadis Nabi SAW berikut: Daripada Ali bin Abu Talib, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak wajib zakat harta sehingga berlalu waktu setahun.” (Riwayat Abu Daud - 1573) dan Ibn Majah - 1789)

Dalam isu ini, kami berpendapa­t seseorang yang memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu Islam, merdeka, pemilikan penuh terhadap harta, cukup nisab dan cukup haul wajib ke atasnya untuk mengeluark­an zakat.

Sekalipun seseorang itu masih kanak-kanak atau belum mumayyiz. Hal itu kerana zakat adalah satu ibadat harta yang membabitka­n semua orang Islam tidak mengira usia.

Semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan itu mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik.

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia