Harian Metro

Memori Masscomm

- Wan Jailani Razak dan Nor Afzan Mohd Yusof cnews@nstp.com.my

„ Pensyarah, bekas pelajar ITM, UiTM imbau kenangan lama

Walaupun hanya 120 ‘budak Masscomm’ hadir pada pertemuan semula di Dewan Seri Hatinie di sini, malam kelmarin ia sudah cukup untuk meriuhkan suasana sama seperti ketika belajar bersama dahulu.

Apa tidaknya, bekas pelajar Kajian Sebaran Am atau kini dikenali sebagai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) memang terkenal dengan keletah yang lebih dewasa dalam kalangan warga Institut Teknologi MARA (ITM), kini Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kehadiran ramai pensyarah menjadikan pertemuan lebih bermakna, antara mereka Dr R Sankaran yang menjadi antara tenaga pengajar perintis Masscomm, selain Prof Abdul Hamid Mohamad, Dr Illias Salleh, Dr Adnan Hashim, Prof Dr Azizul Halim Yahya, Prof Madya Abdul Rahim Salleh, Dr Massila Hamzah, Abu Yamin Salam dan Hariyati Ariffin.

Dr Azizul yang juga Dekan FKPM UiTM berkata, beliau amat berpuas hati dengan penganjura­n majlis itu yang mempertemu­kan graduan lama dan baharu.

“Saya gembira kerana ramai yang hadir dan berharap lebih ramai membabitka­n diri dalam kegiatan seperti ini kerana fakulti kita adalah yang tertua dalam bidang komunikasi.

“Malah, ramai graduan menjadi kapten industri dalam kebanyakan syarikat media di negara kita. Kalau ramai yang bersama kita, dengan perpaduan yang kukuh dalam persatuan, ia boleh membantu pelajar yang akan menceburi bidang komunikasi ini,” katanya pada majlis

Pada malam itu, turut diadakan kutipan derma untuk disumbang kepada alumni Masscomm, Mohammad Dawam Badiulzama­n (pengajian sesi 1986-1989) bagi membolehka­nnya menjalani pembedahan jantung.

Dr Sankaran yang kini menetap di Amerika Syarikat berkata, beliau gembira kerana dijemput hadir pada majlis itu dan berbangga kerana menjadi pensyarah bukan Melayu pertama yang menyertai ITM.

Sementara itu, Pemangku Presiden Alumni Masscomm UiTM, Basree Rakijan berkata, beliau mengakui terkejut dengan kesudian hadir Dr Sankaran, seorang pensyarah yang banyak berjasa kepada fakulti berkenaan.

Majlis anjuran Alumni Masscomm UiTM itu dijayakan dengan kerjasama The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Kumpulan Media Karangkaf Sdn Bhd, Malaysia Industry-Government Group for High Technologi­es (MIGHT), Malaysia Rail Link Sdn Bhd, SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd, Prolintas Holdings Sdn Bhd, Malaysia Rail Industry Corporatio­n, Medyavisyo­n Sdn Bhd, Hijab & Heels, D’Amante Sdn Bhd, Multi Modal Freight Sdn Bhd, Denai Alam Recreation­al and Riding Club dan Artic Rail Sdn Bhd.

 ??  ?? BEKAS pelajar dan pensyarah Masscomm UiTM/ITM hadir pada Masscomm Night di Shah Alam, kelmarin.
BEKAS pelajar dan pensyarah Masscomm UiTM/ITM hadir pada Masscomm Night di Shah Alam, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia