Harian Metro

M40 usah dilupa

- Nor Akmar Samudin akmar@nstp.com.my

„ Golongan bergaji RM3,860 ke atas wajar diberi tumpuan

Kerajaan terdahulu sehingga kerajaan baharu lebih fokus kepada golongan isi rumah berpendapa­tan B40 daripada M40 yang sepatutnya turut mendapat perhatian sewajarnya.

Menurut Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri, kerajaan perlu turut memberi tumpuan kepada kumpulan M40 (RM3,860 hingga RM8,319).

“Kos sara hidup yang meningkat boleh menyebabka­n golongan M40 ini akhirnya tergolong dalam B40.

“Pada pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November ini, kerajaan perlu memberi penekanan kepada keperluan asas rakyat iaitu makanan, perumahan, kesihatan dan pengangkut­an.

“Ia bukanlah perkara baru, tetapi isu berkenaan tidak pernah selesai dengan kos sara hidup yang tinggi dan meskipun kerajaan membina rumah mampu milik, golongan B40 dan M40 tetap tidak mampu untuk memilikiny­a,” katanya dihubungi semalam.

Menurut beliau, daripada segi pengangkut­an awam, kerajaan dilihat semakin menambah baik perkhidmat­an berkenaan.

“Hakikatnya, semua peringkat kumpulan pendapatan terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Justeru, setiap faedah yang B40 peroleh, jika boleh dipanjangk­an juga kepada golongan M40, tetapi lebih bersifat selektif agar kumpulan sasaran yang benar-benar layak saja mendapat faedahnya,” katanya.

Menurut Dr Fazli, kerajaan perlu menyediaka­n mekanisme dan pangkalan data pendapatan setiap isi rumah supaya yang layak saja mendapat kemudahan disediakan kerajaan.

Katanya, tanpa pangkalan data, perkara itu sukar untuk dilaksanak­an.

“Ketika saya menuntut di luar negara, saya dapati individu yang layak menerima bantuan dikenal pasti melalui pangkalan data kerajaan, diberi kad

“Melaluinya, kerajaan memasukkan sejumlah wang bantuan ke dalam kad itu dan penerima boleh ke kedai tertentu untuk membeli barangan keperluan asas sahaja terutama makanan,” katanya.

Menurut beliau, dalam perbelanja­an setiap isi rumah, sebahagian besar wang diperuntuk­kan untuk membeli makanan seterusnya barulah dibelanjak­an untuk pengangkut­an, rumah dan sebagainya.

“Rakyat sangat berharap ada peningkata­n gaji, tetapi apabila melihat situasi hari ini, perkara itu sukar ditunaikan dan apa yang kerajaan boleh lakukan ialah menurunkan harga barangan dan harga rumah,” katanya.

Pada masa sama, Dr Fazli turut menyokong kedai rakyat yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

“Sekarang, kedai rakyat diberi penjenamaa­n baru dan semoga ia dapat diteruskan untuk meringanka­n beban rakyat. Sukar untuk menaikkan gaji, kerajaan boleh menyediaka­n kemudahan dan keperluan asas pada harga yang berpatutan termasuk juga untuk kesihatan.

“Kerajaan, hospital dan syarikat insurans mungkin boleh fikirkan satu mekanisme yang membolehka­n rakyat negara ini, terutama kumpulan B40 dan M40 memiliki insurans kesihatan. Syarikat insurans jangan terlalu memikirkan keuntungan.

“Rakyat perlu ada skim perlindung­an khas kerana orang ramai hari ini terdedah kepada pelbagai jenis penyakit,” katanya.

 ??  ?? DR Mohamad Fazli
DR Mohamad Fazli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia