Harian Metro

Malang lori ikan

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Seorang kelindan lori maut manakala abang iparnya parah selepas lori dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan di Kilometer 340 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka, di sini.

Kemalangan kira-kira jam 2 pagi semalam menyebabka­n Ya Dara, 36, warga Kemboja yang beralamat di Kampung Sekor, Pekan, Pahang, maut di tempat kejadian.

Abang iparnya, Abdul Karim Osman, 36, dari Kampung Sekukuh, Pekan, parah di badan dan kaki dikejarkan

„ Kelindan terbunuh abang ipar parah dalam nahas babit 3 kenderaan

ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Turut cedera dua penumpang pacuan empat roda, Toyota Hilux berusia 52 dan 89 tahun yang dirawat di hospital sama.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila lori muatan ikan yang dipandu Abdul Karim dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang merempuh belakang sebuah treler muatan bijih besi dipandu seorang lelaki berusia 54 tahun.

Dalam masa sama, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 55 tahun yang berada di belakangny­a, gagal mengelak dan melanggar lori mangsa serta menyebabka­n dua penumpangn­ya cedera.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala mangsa parah dan cedera dihantar ke hospital saxxxma untuk rawatan. “Ketika kejadian, jalan di situ licin kerana hujan dan kawasan gelap berikutan ketiadaan lampu jalan. Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? YA Dara NAHAS di Kilometer 340 Lebuhraya Pantai Timur 2 yang mengorbank­an
satu nyawa semalam.
YA Dara NAHAS di Kilometer 340 Lebuhraya Pantai Timur 2 yang mengorbank­an satu nyawa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia