Harian Metro

Aura lemang durian

- Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@nstp.com.my

„ Suami isteri tak menang tangan jual makanan tradisiona­l dengan aneka rasa

Lemang bukan satu makanan asing buat masyarakat negara ini, namun apabila diinovasi menjadi lemang aneka rasa antaranya durian, pisang, nangka, coklat, jagung, daging hitam jagung dan mangga, ia mungkin kedengaran pelik.

Namun percaya atau tidak, lemang yang diadun dengan buah-buahan itu membangkit­kan aroma dan rasa yang menarik untuk dimakan, sekali gus menjadikan Lemang Aneka rasa dihasilkan pasangan suami isteri, Che Rimi Husin, 48, dan Norakhadah Yatimin, 45, digemari ramai.

Che Rimi yang juga bekas pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka berkata, idea untuk mempelbaga­ikan perisa lemang itu tercetus apabila mereka memikirkan keunikan boleh diketengah­kan supaya perniagaan lemang diusahakan lain daripada yang sedia ada.

Katanya, mereka mula terbabit dalam perniagaan lemang itu pada 2012 di Melaka selepas isteri menghadiri kursus anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Menurutnya, daripada situ mereka memikirkan idea untuk menghasilk­an lemang lain daripada yang lain dan terhasilla­h inovasi lemang pelbagai perisa itu.

“Hasilnya kami tidak menang tangan menyiapkan tempahan dan lemang ini mendapat sambutan sangat menggalakk­an terutama daripada penduduk Melaka kerana ketika itu kami tinggal di sana.

“Setiap musim perayaan kami akan membakar sekurang-kurangnya 300 lemang sehari dan ia habis dijual. Selain lemang berperisa, kami turut menjual lemang asli.

“Kerana sambutan menggalakk­an itu tahun lalu saya memutuskan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian pada perniagaan dan berpindah ke kampung halaman di Setiu bagi meneruskan perniagaan,” katanya.

Bukan saja menawarkan rasa lemang yang unik, Lemang Aneka rasa turut dibakar dengan cara berbeza daripada cara tradisiona­l yang menggunaka­n buluh dan dibakar dengan kayu api.

Lemang Aneka rasa dibakar dalam dapur pembakar lemang diperbuat daripada besi tahan karat yang mempunyai 13 lubang untuk menempatka­n lemang dan dibakar dengan api menggunaka­n gas.

Che Rimi berkata, pembakaran lemang menggunaka­n dapur moden itu juga lebih cepat iaitu mengambil masa dua jam saja untuk masak, berbanding cara tradisiona­l yang memakan masa enam hingga lapan jam.

“Asas membuat lemang masih sama iaitu memerlukan beras pulut, santan, garam, gula dan daun pisang sebelum diadun dengan bahan perisa yang diingini serta dibakar.

“Lemang dibakar dalam dapur moden ini lebih lembut kerana tidak berkerak dan lebih cepat masak berbanding cara tradisiona­l menggunaka­n buluh yang memakan masa agak lama kerana faktor buluh tebal,” katanya.

Che Rimi berkata, buat masa ini penghasila­n Lemang Aneka rasa agak terhad kerana hanya mempunyai dua dapur moden yang boleh membakar 26 batang lemang untuk satu-satu masa.

Lemang Aneka rasa boleh didapati di beberapa kedai makan di sekitar Rhu Sepuluh, Setiu dan dijual pada harga bermula RM16 sebatang untuk perisa asli dan durian, jagung, nangka, pisang, pulut hitam dan kacang merah (RM20 sebatang) dan RM40 untuk perisa daging kicap jagung.

 ??  ?? LEMANG berperisa yang diinovasik­an pasangan suami isteri mendapat sambutan hangat.
LEMANG berperisa yang diinovasik­an pasangan suami isteri mendapat sambutan hangat.
 ??  ?? Che Rimi dan Norakhadah dibantu suaminya membakar lemang menggunaka­n dapur moden pada Karnival Wise 2018.
Che Rimi dan Norakhadah dibantu suaminya membakar lemang menggunaka­n dapur moden pada Karnival Wise 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia