Harian Metro

Jumpa penyewa tak balik-balik

- Safuri Kamarudin cnews@nstp.com.my

“Ayah ke (inap desa) untuk berjumpa dengan orang yang mahu menyewa rumah itu, tetapi sehingga malam ayah tidak pulang,” kata Dr M Segar, 51, mengenai kematian bapanya, K Munusamy, 76.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung M Ravi itu berkata, berita kematian bapanya dimaklumka­n oleh rakan bapanya selepas menemui mayat mangsa di tepi longkang berhampira­n inap desa di Taman Tiara, Batu 9 di sini, pada jam 7.45 malam kelmarin.

Beliau berkata, bapanya keluar rumah seorang diri untuk berjumpa dengan penyewa, jam 5 petang.

“Kebiasaann­ya ayah pergi sekejap saja, tetapi semalam (kelmarin) sehingga malam dia tidak pulang menyebabka­n kami keluar untuk mencarinya sebelum diberitahu ayah ditemui terbaring tepi longkang dan tidak sedarkan diri.

“Ayah mungkin diserang jantung kerana dia memang ada penyakit itu. Kami tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat atau cubaan bunuh kerana tiada kesan mencurigak­an,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Port Dickson (HPD) di sini, semalam.

Segar berkata, keluargany­a menyerahka­n kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua

Polis Daerah Port Dickson Superinten­den Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang perbuatan jenayah.

Segelintir penoreh getah di sekitar Dalam Wang di sini, terpaksa membeli beras secara timbang kerana tidak mampu membelinya secara kampit akibat kejatuhan harga getah, selain kedatangan musim tengkujuh.

Pada masa sama, ada juga yang terpaksa berlaukkan ikan masin sebagai hidangan keluarga akibat faktor berkenaan.

Ketika mendedahka­n perkara itu, Penyelaras Parlimen Baling Mohd Taufik Yaacob berkata, maklumat berkenaan diperolehn­ya ketika turun padang untuk menyerahka­n sumbangan makanan bagi meringanka­n beban lebih 100 keluarga penoreh getah di sekitar Dalam Wang.

“Ada keluarga penoreh terpaksa membeli beras secara timbang kerana tidak mampu selain berlaukkan ikan masin.

“Pada masa sama, sukar untuk mereka keluar menoreh akibat tengkujuh ditambah lagi dengan kejatuhan harga getah,” katanya kelmarin.

„ Kejatuhan harga getah beri tekanan kepada penoreh sara keluarga

 ??  ?? MOHD Taufik (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penoreh getah di Kampung Dalam
Wang, semalam.
MOHD Taufik (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penoreh getah di Kampung Dalam Wang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia