Harian Metro

Maut kereta rempuh lori berhenti

-

Seorang lelaki maut dan rakannya pula cedera apabila kereta dinaikinya merempuh sebuah lori yang parkir di lorong kecemasan di Kilometer 218, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, kenderaan jenis Proton Saga itu turut terbakar.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 3.50 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dari Kuala Lumpur menghala ke Pulau Pinang dan dikatakan merempuh bahagian belakang lori membawa muatan dedak ayam yang berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan.

Katanya, pemandu kereta, Toh Kar How, 27, yang dikeluarka­n oleh orang awam disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala kenderaann­ya yang melekat di bahagian belakang lori hangus sepenuhnya.

“Penumpang wanita berusia 30 tahun yang berjaya dikeluarka­n orang awam hanya cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Rafaeel Hairul Richard berkata, pihaknya memadamkan kebakaran kenderaan.

“Kenderaan mangsa mengalami kebakaran 90 peratus manakala lori muatan dedak terbakar hanya 20 peratus saja,” katanya.

Jasin: Kehidupan seorang wanita warga emas amat menyentuh perasaan apabila dia kini terpaksa menumpang berteduh di rumah peninggala­n ibunya yang usang.

Warga emas terbabit Khatijah Maasin, 60, terpaksa mendiami rumah peninggala­n ibunya selepas rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya tidak lagi selamat untuk didudukiny­a.

Khatijah berkata, dia tiada pilihan selain menjadikan rumah peninggala­n ibunya itu tempat berteduh walaupun ianya sudah usang.

“Saya terpaksa berpindah keluar dari rumah PPR itu kerana keadaannya tidak selamat apabila terdapat beberapa bahagian mulai retak selain bumbung juga sudah diterbangk­an angin.

“Pilihan yang saya ada hanyalah rumah peninggala­n ibu, tetapi keadaan di situ

 ??  ?? KENDERAAN yang terbakar selepas merempuh sebuah lori rosak di Kilometer 218, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara.
KENDERAAN yang terbakar selepas merempuh sebuah lori rosak di Kilometer 218, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia