Harian Metro

Bukan itu maksudnya

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

„ Isu ketuanan Melayu dibangkit Syed Saddiq disalah tafsir

Pandangan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan isu ketuanan Melayu ketika berucap pada Forum Ekonomi Belia 2018 kelmarin, mungkin disalah tafsir atau diputar belit sesetengah pihak.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mungkin isu itu akan dijelaskan Syed Saddiq secara terperinci kerana ia belum dijelaskan secara panjang lebar.

Menurutnya, beliau juga berhubung dengan Syed Saddiq dan mengatakan supaya tidak menimbulka­n soal itu, seolah-olah BERSATU tidak memperjuan­gkan hak orang Melayu.

“Salah...beliau kata itu bukan maksudnya (yang sebenar). Ini kerana hari ini kita nak cari pendekatan lebih sesuai, naratif lebih baik daripada yang sudah diguna pakai. Apabila BERSATU ini memperjuan­gkan hak orang Melayu, ia dalam konteks yang kita nak berkongsi kekayaan secara bersama.

“Itu yang digunakan istilah perkongsia­n kekayaan secara saksama yang lebih adil. Bukan satu kumpulan masyarakat Melayu yang memonopoli dan kaya-raya, tetapi ada puak Melayu yang papa kedana. Kita tidak mahu perkara itu berlaku.

“Ataupun dalam masyarakat Cina, tauke besar Cina yang kaya-raya, tetapi Cina kampung yang papa kedana. Ini bukan yang kita hendak saksikan serta sudah berlaku puluhan tahun, tetapi sampai bila ia akan terus berlaku dan sebab itu cabaran yang kita hadapi ini luar biasa dan cukup besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan BERSATU Bahagian Pagoh Kali Pertama 2018 di Dewan Serbaguna Pagoh di sini, semalam.

Kelmarin, Syed Saddiq yang juga Ketua ARMADA ketika berucap pada Forum Ekonomi Belia di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia didakwa menegaskan zaman ketuanan Melayu sudah berakhir dan Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuan­gkan kaum.

Ucapan Ahli Parlimen Muar itu kemudian tular hingga melahirkan perasaan bimbang terutama dalam kalangan orang Melayu.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau juga ingin menyatakan BERSATU wujud atas dasar dan dukungan untuk memperjuan­gkan nasib orang Melayu dan Bumiputera, selain perkara itu juga sudah termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan ramai orang Melayu yang perlu dibantu.

 ?? Muhyiddin Yassin ??
Muhyiddin Yassin
 ??  ?? SYED Saddiq
SYED Saddiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia