Harian Metro

Kerani lelaki rugi RM115,000

-

Seorang kerani lelaki kerugian RM115,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam ketika berada di rumahnya di Sungai Nibong di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superinten­dan AA Anbalagan berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 55 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa dia wakil mahkamah di Kuantan, Pahang.

“Dalam perbualan telefon itu, lelaki terbabit mendakwa mangsa mempunyai tunggakan pinjaman peribadi RM50,000 dan akan dikenakan tindakan sekiranya gagal melunaskan­nya.

“Mangsa mula bimbang sebelum talian telefonnya disambung kononnya ke sebuah balai polis di Kuantan. Mangsa diminta bercakap dengan seorang anggota polis,” katanya.

Anbalagan berkata, sindiket kemudian memaklumka­n mangsa bukan saja mempunyai tunggakan pinjaman, malah terbabit dalam pengubahan wang haram.

“Sindiket meminta mangsa memasukkan wang RM115,000 ke akaun bank kononnya untuk menyelesai­kan masalah dihadapiny­a.

“Mangsa yang tidak menyedari ditipu memasukkan wang terbabit keesokan harinya dan dia kemudian diminta untuk menunggu panggilan ‘polis’ sekiranya kes terbabit selesai serta urusan pengembali­an wang berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian menceritak­an kejadian kepada keluarga selepas tidak menerima panggilan sejurus memasukkan wang itu.

“Keluargany­a memberitah­u mangsa diperdaya sindiket Macau Scam.

“Mangsa membuat laporan semalam

(kelmarin) dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia