Harian Metro

Pinjam RM10,000, rugi RM12,040

-

Mahu pinjam RM10,000, tetapi kerugian RM12,040. Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun di sini, selepas menjadi mangsa sindiket penipuan di laman sosial, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dipercayai terpedaya dengan iklan pinjaman wang di Facebook.

“Mangsa memberikan nama dan nombor telefonnya pada laman iklan berkenaan sebelum dihubungi seorang individu yang mendakwa sebagai kakitangan sebuah syarikat pinjaman wang.

“Mangsa berminat membuat pinjaman peribadi RM10,000 namun sebelum pinjaman diluluskan, mangsa diminta membuat pembayaran bagi tujuan pemprosesa­n dokumen pinjaman, pembayaran cukai dan membuka akaun bank,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berdasarka­n laporan polis, beliau berkata, mangsa membuat pembayaran RM12,040 melalui 10 transaksi ke dua akaun bank berbeza.

“Walaupun membayar lebih RM12,000, mangsa sekali lagi diminta membuat pembayaran RM3,000.

“Namun mangsa berasa dirinya ditipu lalu membuat laporan di Balai Polis Pusat Sibu,” katanya.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, seorang peniaga turut terjerat dalam iklan palsu di Facebook.

“Mangsa seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun kerugian RM21,000 selepas dengan iklan penjualan sebuah kontena kargo diiklankan di Facebook,” katanya.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia