Harian Metro

Lawan sakit hingga ke akhir hayat

-

Alor Setar: “Ramai yang mendoakan abang sembuh kembali seperti dulu, tetapi Allah lebih sayangkann­ya sebelum dia menghembus­kan nafas terkahirny­a di sisi kami sekeluarga awal pagi tadi (semalam),” kata Nurul Nasuha Abd Rahman, 22.

Siti Nasuha, adik kepada pesakit kanser leukemia, Muhamad Syahmi Abd Rahman, 25, graduan Institut Kemahiran Malaysia (IKM) yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu meninggal dunia jam 1.27 pagi ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sejak kisahnya dilaporkan Jumaat lalu, ramai yang menghubung­i keluargany­a untuk berkongsi cerita serta menghulurk­an sumbangan hingga mencecah RM10,000 dalam tempoh dua hari.

Menurut Nurul Nasuha, keadaan abangnya tenat sejak petang kelmarin dan arwah ada minta untuk duduk serta bersandar pada katil selepas hampir sebulan terbaring.

“Arwah tak banyak bercakap, cuma semalam (kelmarin) dia nak duduk, tetapi dia hanya diam serta pada masa yang sama, nadinya bergerak laju sebelum doktor mengesahka­n dia meninggal dunia jam 1.27 pagi tadi.

“Kami reda dengan pemergiann­ya walaupun kagum melihat dia melawan penyakitny­a, tetapi semuanya sudah tertulis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Sahabat Prihatin Kedah Ruzika Abu Bakar berkata, pihaknya yang baru mengunjung­i Muhamad Syahmi petang kelmarin dan menghulurk­an sumbangan peribadi kepada arwah dikejutkan berita yang dia sudah meninggal dunia pagi, semalam.

 ??  ?? RUZIKA (kanan) ketika mengunjung­i Muhamad Syahmi di HSB.
RUZIKA (kanan) ketika mengunjung­i Muhamad Syahmi di HSB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia