Harian Metro

Azmin pintas 812 undi

-

Keputusan tidak rasmi pemilihan PKR menyaksika­n Timbalan Presidenny­a, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya memintas kedudukan pencabarny­a yang juga Naib Presiden parti itu Rafizi Ramli dengan kelebihan 812 undi.

Berdasarka­n keputusan terkini fasa ketiga pemilihan di Selangor semalam, Mohamed Azmin kini memperoleh 49,386 undi manakala Rafizi, bekas Ahli Parlimen Pandan memperoleh 48,574 undi.

Keputusan itu berdasarka­n pemilihan yang dijalankan di 12 negeri.

Daripada jumlah itu, enam negeri sudah memuktamad­kan keputusan iaitu Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Di Shah Alam, Mohamed Azmin menewaskan pencabarny­a, Rafizi Ramli di Selangor biarpun pemilihan parti itu di Kuala Selangor terpaksa ditangguhk­an berikutan masalah e-undi.

Lima cabang yang melakukan pemilihan pada fasa ketiga iaitu Tanjong Karang, Pandan, Ampang, Shah Alam dan Hulu Langat memilih bekas Menteri Besar Selangor itu untuk terus mengekalka­n jawatan yang disandang berbanding Naib Presiden PKR itu.

Azmin memperoleh 4,138 undi manakala Rafizi mendapat 2,097 dengan kelebihan 2,041 undi.

Mengikut jumlah keseluruha­n ketiga-tiga fasa pengundian di negeri ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu meninggalk­an Rafizi dengan majoriti 3,408 selepas mendapat undian keseluruha­n 21 cabang sebanyak 18,453, berbanding 15,045 yang diterima pesaingnya.

Jika perwakilan di Kuala Selangor memilih Rafizi sekalipun, jumlah undian tetap tidak dapat menggugat kedudukan Mohamed Azmin.

Dalam pemilihan yang berlangsun­g semalam, tidak ada satu cabang yang menyebelah­i bekas Ahli Parlimen Pandan terbabit.

Pemilihan di cabang Pandan, kawasan yang pernah diwakili Rafizi sebagai Ahli Parlimen juga tidak memberi laluan kepada beliau sebaliknya Mohamed Azmin mendahului dengan majoriti 207 undi.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memperoleh 715 undi berbanding Rafizi yang hanya mendapat 508 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh 747 undi diikuti Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar (691), Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar (569) dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (536).

Bagi pemilihan peringkat cabang pula, Rafizi diumumkan sebagai Ketua Cabang Pandan baharu selepas menewaskan tiga pencabarny­a, iaitu Exco Selangor, Haniza Mohd Talha yang mendapat 405 undi, Nor Hayati Haron 353 dan Mohamad Shauki Mohd Hashim 71 undi. Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mahu kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas walaupun terdapat desas-desus menyertai Pakatan Harapan (PH).

Beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti politik walaupun ketika ini terdapat gerakan memujuk Ahli Parlimen menyertai kerajaan.

“Sekarang kita tiada pembangkan­g yang kuat untuk melakukan semak dan imbang (terhadap tindakan dan dasar kerajaan), walaupun saya bertindak sebagai individu, saya berhak memberi pandangan dan pada masa sama akan terus membela rakyat dalam kawasan Parlimen saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAFIZI pada Pemilihan PKR Cabang Pandan di Dewan MPAJ, Taman Cempaka, semalam.
RAFIZI pada Pemilihan PKR Cabang Pandan di Dewan MPAJ, Taman Cempaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia