Harian Metro

DAP tak setuju PH terima ahli UMNO lompat parti

-

Kuala Lumpur: DAP tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, tindakan menerima Ahli Parlimen UMNO disifatkan sebagai amalan tidak sihat, apatah lagi usia kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu belum menjangkau enam bulan.

“DAP tidak pasti sama ada lebih ramai Ahli Parlimen UMNO akan menyertai parti komponen PH, termasuk DAP.

“Namun, kami tidak menggalakk­annya kerana tindakan menerima mereka yang mahu melompat parti ini bukan amalan yang sihat, memandangk­an belum pun enam bulan sejak PRU yang lalu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutua­n 2018 di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu dibangkitk­an seorang perwakilan DAP Wilayah Persekutua­n yang bimbang dengan tindakan bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kelmarin.

Perwakilan itu bimbang dengan kemungkina­n lebih ramai ahli UMNO, yang kebanyakan­nya disifatkan sebagai pencetus masalah, akan menyertai BERSATU dan menyebarka­n budaya parti Melayu itu dalam PH.

Kelmarin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin mendakwa, 40 Ahli Parlimen UMNO dipercayai akan meninggalk­an parti itu untuk menyertai BERSATU tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Kok Wai berkata, pimpinan DAP tidak dapat mengesahka­n dakwaan A Kadir juga tokoh wartawan itu sama ada ia benar atau sebaliknya.

“Berdasarka­n pemahaman kami, BERSATU tidak semestinya menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti, seperti yang diramal beberapa pihak,” katanya. Kuala Lumpur: Calon Naib Presiden PKR, Tian Chua menegur kelemahan tadbir urus Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) PKR dalam menguruska­n pemilihan parti itu.

Bekas ahli Parlimen Batu itu berkata, tidak sepatutnya berlaku sebarang kelemahan kerana bukan kali pertama pemilihan parti diadakan.

“JPP sepatutnya mengatasi sebarang masalah berbangkit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia