Harian Metro

‘Perangkap’ Anwar

- Nadia Hamid cnews@nstp.com.my

„ Dakwaan 40 Ahli Parlimen UMNO sertai BERSATU isyarat ‘penamat kerjaya politik’ bakal PM kelapan

Dakwaan 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) satu isyarat ‘penamat kerjaya politik’ bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan­nya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menganggap provokasi itu ibarat mahu menyekat kemaraan Anwar.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, dakwaan Ahli Majlis Pimpinan BERSATU Datuk A Kadir Jasin itu menunjukka­n Anwar sudah gagal dalam mengatur rentak kerjaya politik beliau selepas 20 tahun dipenjarak­an dan diberikan pengampuna­n Yang di-Pertuan Agong, Mei lalu.

“Kenyataan terbaru samengambi­l habat saya, DAKJ (A Kadir Jasin) adalah bertujuan memberi isyarat kepada DSAI (Anwar) bahawa dengan ini, anggap lah

katanya pada kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong mendakwa BERSATU semakin gusar de- ngan pengaruh Anwar dalam Pakatan Harapan (PH).

Katanya, ia jelas menunjukka­n ada persaingan dan perlumbaan membina pengaruh antara BERSATU dan PKR, termasuk parti lain dalam PH susulan kemunculan semula Anwar dalam arena politik.

“(Perkara ini) Menggambar­kan ada perancanga­n pimpinan BERSATU mahu menyekat kemaraan Anwar alih jawatan Perdana Menteri.

“Jadi Anwar harus berhati hati dalam perkara ini dan segeralah bertindak sebelum terlambat.

“Sudah tentu perancanga­n sebenar pucuk pimpinan tertinggi BERSATU untuk terus berkuasa walaupun terpaksa mengikut arahan DAP,” katanya.

Shamsul Anuar menyifatka­n perang provokasi dan tidak masuk akal itu sebagai usaha terdesak pimpinan BERSATU untuk menutup kekurangan mereka yang hanya memiliki 14 kerusi di Dewan Rakyat.

Katanya, Kadir Jasin cuba menonjolka­n usaha beliau, kononnya BERSATU sudah semakin kuat.

“Saya percaya kenyataan penyertaan itu tidak benar dan hanya andaian Kadir Jasin.

“Selain bertujuan memecahbel­ahkan UMNO, ia juga untuk mengulangi impian dan harapan sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad (Presiden BERSATU),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia