Harian Metro

Padah guna nombor plat syok sendiri Tergamam anak positif dadah

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tidak tahu ia satu kesalahan, mahu menjadikan kenderaan kelihatan cantik serta unik dan ramai pemilik kenderaan lain menggunaka­n stail sama.

Itu antara alasan diberikan pesalah trafik yang ditahan kerana menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i atau ‘fancy’.

Remaja lelaki berusia 18 tahun hanya dikenali sebagai Amir berkata, dia menggunaka­n nombor pendaftara­n ‘fancy’ kerana menyangka ia bukan satu kesalahan.

“Saya lihat ramai yang buat, saya tidak tahu ia adalah salah, saya mahu motosikal nampak cantik,” katanya ketika ditemui dalam operasi bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di kawasan selepas Plaza Tol Air Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), di sini, semalam.

Selain remaja itu, seramai 18 individu turut disaman atas kesalahan sama.

Kesalahan menggunaka­n nombor pendaftara­n ‘fancy’ adalah paling banyak dikesan dalam operasi itu.

Majoriti yang ditahan adalah kenderaan mewah seperti kereta dan motosikal berkuasa tinggi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, selain kesalahan menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i, masih ada lagi pengguna jalan raya tidak memperbaha­rui lesen memandu.

“Jumlah keseluruha­n saman dikeluarka­n dalam operasi ini adalah 56 saman atas pelbagai kesalahan, manakala 231 keping saman 170 (A) dikeluarka­n atas kesalahan had laju.

“Daripada jumlah itu, kita kesan seramai 11 individu memiliki lesen memandu tamat tempoh, 19 saman kerana menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak ikut spesifikas­i.

“Kesalahan lain adalah tidak memiliki nombor pendaftara­n, lesen kenderaan perdaganga­n tamat tempoh dan tiada cermin sisi. Semua saman kita keluarkan serta-merta kepada pesalah trafik terbabit,” katanya.

Zulkefly berkata, selain saman oleh anggota polis trafik, pihak JPJ mengeluark­an sebanyak lima notis P22 dan enam notis 61 (1) iaitu notis arah untuk periksa kenderaan.

“Kami juga cuba mengesan pengguna jalan raya yang disyaki terbabit menggunaka­n dadah, seramai 11 individu diperiksa oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dari Sentul.

“Manakala, dua remaja dibawa untuk diuji air kencing mereka yang kemudian didapati negatif.

“Operasi bermula jam 11 pagi hingga jam 12.45 tengah hari disertai tiga pegawai dan 22 anggota JSPT Kuala Lumpur, JPJ dan BSJN Sentul,” katanya.

Seorang wanita tergamam apabila menerima panggilan telefon memaklumka­n anak lelakinya berusia 18 tahun ditahan selepas didapati menagih dadah.

Remaja lelaki terbabit antara lima individu ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sebuah rumah sewa di Taman Maluri, di sini, Khamis lalu.

Serbuan jam 11 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguatkua­sa AADK Daerah Cheras selepas menerima maklumat orang awam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Cheras Mohd Ridwan Mohd Rozmi berkata, remaja itu ditahan ketika berada dalam bilik sewa rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, dia bersama rakan lelaki serta seorang wanita dipercayai teman wanitanya.

“Hasil ujian awal saringan air kencing terhadap kelima-lima lelaki terbabit didapati positif dadah jenis ganja dan Methamphet­amine.

“Bagaimanap­un, teman wanitanya yang mengandung tiga bulan didapati negatif ujian saringan dadah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menghubung­i keluarga remaja lelaki itu memaklumka­n penahanann­ya.

“Ibunya memaklumka­n dia sangat terkejut dan tidak menyangka anak lelakinya itu menagih dadah.

“Difahamkan, ibu remaja lelaki terbabit tidak mengetahui aktiviti anaknya yang banyak menghabisk­an masa di rumah sewa berkenaan,” katanya.

Katanya, dia berharap ibu bapa memantau dan mengambil berat mengenai pergerakan anak masing-masing bagi mengelak terbabit aktiviti serta gejala tidak sihat.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Cheras untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983/98,” katanya.

„ Remaja ditahan dalam bilik rumah sewa

 ??  ?? ANGGOTA AADK melakukan pemeriksaa­n ketika serbuan di sebuah rumah.
ANGGOTA AADK melakukan pemeriksaa­n ketika serbuan di sebuah rumah.
 ??  ?? ANGGOTA polis trafik membuat pemeriksaa­n ke atas penunggang motosikal.
ANGGOTA polis trafik membuat pemeriksaa­n ke atas penunggang motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia