Harian Metro

Polis khas jaga alam sekitar

- Nor Afzan Mohamad Yusof cnews@nstp.com.my

„ PDRM digesa wujud pasukan khusus banteras jenayah alam sekitar semakin berleluasa

Sebuah jabatan khas di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus ditubuhkan dalam usaha membantera­s jenayah alam sekitar yang semakin berleluasa, khususnya membabitka­n kecurian dan kemusnahan khazanah alam di seluruh negara.

Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sebagai usaha pelaksanaa­n, PDRM mesti memperkema­skan sumber manusia dan memperting­katkan asetnya bagi membantera­s jenayah alam sekitar.

Katanya pembabitan aktif dan agresif polis menerusi kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkua­saan lain berupaya membantu kerajaan menangani isu berkaitan termasuk membantera­s sindiket yang terbabit dalam pemburuan haram, kecurian balak dan kayu gaharu serta penerokaan tanah haram.

“Walaupun ada di antara kesalahan dilakukan terletak di bawah bidang kuasa agensi lain dan kerajaan negeri, peranan PDRM mampu mengatasi jenayah alam sekitar.

“Aspek penguatkua­saan bersama PDRM dan agensi berkaitan juga dapat membantu mengatasi pembanguna­n tidak terkawal di kawasan cerun yang menjadi punca utama kejadian tanah runtuh sejak kebelakang­an ini.

“Aspek pengawasan, penting kerana kajian dilakukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukka­n ada kira-kira 21,000 kawasan yang mudah berlaku tanah runtuh di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jenayah alam sekitar merujuk kepada pelanggara­n undang-undang jenayah oleh mana-mana pihak termasuk orang awam yang boleh menjejaska­n alam sekitar yang dilindungi.

Laporan mendedahka­n jenayah itu menjadi lebih buruk dengan pembabitan agensi yang sepatutnya dipertangg­ungjawabka­n memelihara kesejahter­aan alam sekitar, namun bertindak sebagai tali barut demi wang.

Selain pembanguna­n, penerokaan tanah tidak terkawal juga menjadi antara punca beberapa kejadian tanah runtuh yang turut mengakibat­kan kehilangan nyawa.

Lee berkata, langkah pencegahan jenayah alam sekitar oleh PDRM tepat pada masanya, malah selaras dengan tindakan tegas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani jenayah alam sekitar yang turut dikaitkan dengan isu integriti dan amalan rasuah yang berleluasa.

Katanya, MCPF turut menyokong inisiatif PDRM untuk melindungi alam sekitar termasuk menganjurk­an program ‘Selamatkan Alam Semulajadi’.

“Ia dilihat sebagai langkah pencegahan yang mampu membantu kerajaan membantera­s jenayah terhadap alam semula jadi.

“Langkah proaktif PDRM menangani jenayah terhadap alam semula jadi ini amat efektif kerana turut membabitka­n penyertaan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepenti­ngan lain,” katanya.

Menurutnya, platform berkenaan boleh digunakan dalam membincang­kan isu berkaitan seperti penceroboh­an hutan, pembalakan haram dan kezaliman terhadap hidupan liar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia