Harian Metro

Lelaki miang dalam LRT ditahan

-

Petaling Jaya: Seorang lelaki miang yang dirakam melakukan aksi tidak senonoh di dalam tren transit aliran ringan (LRT) pada 23 Oktober lalu, sudah ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek ditahan dua anggota polis bantuan yang terserempa­k dengannya di Stesen LRT Universiti di sini, jam 9.20 pagi.

Katanya, sebelum ditahan, dua anggota polis bantuan itu terlebih dulu menghantar gambar suspek kepada mangsa bagi tujuan pengecaman.

“Mangsa kemudian mengesahka­n lelaki terbabit adalah suspek sama yang melakukan perbuatan mengaibkan di depannya dalam kejadian dalam LRT jam 8.23 pagi, Selasa lalu.

“Susulan itu, suspek kemudian ditahan dua anggota polis bantuan sebelum diserahkan ke Balai Polis Pantai untuk tindakan selanjutny­a,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zani berkata, polis kini menyiasat kejadian itu dan suspek direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, seorang penumpang memuat naik video berdurasi 17 saat di Twitter milik RapidKL memaparkan tindakan seorang lelaki melakukan gangguan seksual di depan seorang wanita.

Video itu dirakam penumpang lain dipercayai menggunaka­n telefon pintar dan kemudian tular di media sosial selepas wanita berkenaan membuat laporan polis.

Ketika kejadian, suspek dan wanita berkenaan dalam perjalanan dari Stesen LRT Kelana Jaya menghala ke Stesen LRT Universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia