Harian Metro

RUMAH MAMPU MILIK AGENDA UTAMA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Kerajaan dijangka menjadikan rumah mampu milik sebagai agenda utama dalam Bajet 2019 memandangk­an ia adalah antara isu utama yang mendapat perhatian rakyat.

Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, isu rumah mampu milik adalah antara komponen utama yang perlu diselesaik­an kerajaan supaya ia tidak lagi berlarutan.

Beliau berkata, permasalah­an itu dapat diselesaik­an sekiranya ia membabitka­n kerjasama pelbagai pihak berkepenti­ngan seperti pihak pemaju dan pemilik tanah serta kerajaan negeri dan inisiatif daripada kerajaan Persekutua­n.

Justeru, katanya, Bajet 2019 sekali gus akan memperliha­tkan inisiatif lain yang akan diperkenal­kan oleh kerajaan hasil daripada usaha meggabungk­an semua agensi yang berkaitan perumahan negara di bawah Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN).

“Rumah mampu milik dijangka menjadi fokus utama kerajaan memandangk­an ia adalah isu yang berpanjang­an sejak sekian lamanya.

“Jadi, pada Bajet 2019 ini juga kita berkemungk­inan akan melihat kerajaan mengumumka­n penyelesai­an khusus hasil daripada inisiatif gabungan semua agensi berkaitan perumahan negara baru-baru ini,” katanya.

Penubuhan MPMMN diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 bagi menyelaras pengurusan perumahan mampu milik awam.

Selain itu, Dr Ahmed Razman turut menjangkak­an kerajaan akan melaksanak­an usaha memastikan kekayaan negara dapat dinikmati semua.

“Belanjawan ini kita yakin kerajaan akan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Ini juga adalah sejajar dalam merealisas­ikan Bangsa Malaysia yang maju dalam segala segi,” katanya. Fonterra Brands Malaysia (Fonterra) menyasarka­n untuk memperting­kat kapasiti kilang Susumas kepada 55,000 berbanding 35,000 tan setahun bagi pengeluara­n susu tepung menjelang 2023.

Pengarah Operasinya, Mathieu Lostie berkata, usaha itu juga adalah langkah tepat dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluara­n dan ekport bagi rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Asia yang lain.

Beliau berkata, kilang Susumas mengeluark­an kira-kira 200,000 produk susu tepung setiap hari dari pelbagai jenama antaranya Fernleaf, Anmum dan Anlene.

“Untuk mencapai sasaran itu, kami dijangka melabur hingga RM80 juta di kilang Susumas bagi meningkatk­an kualiti dan piawaian produk yang dihasilkan.

“Antara 2010 sehingga 2016 Fonterra melabur sebanyak RM60 juta dengan tambahan sebanyak RM20 juta pada 2016 khusus bagi memperting­kat standard keselamata­n makanan dan kualiti untuk kecekapan operasi.

“Setakat ini Susumas mengeluark­an 24,000 tan susu tepung sehari, dan jumlah ini dijangka meningkat sebanyak 50 peratus pada 2020,” katanya.

 ??  ?? PENUBUHAN MPMMN dijangka mempercepa­tkan usaha kerajaan menyediaka­n kediaman kepada rakyat.
PENUBUHAN MPMMN dijangka mempercepa­tkan usaha kerajaan menyediaka­n kediaman kepada rakyat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia