Harian Metro

Kapasiti pasaran Malaysia belum matang

-

Kuala Lumpur: PMB Investment Bhd (PMB Investment), anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Bhd melihat pengenalan cukai keuntungan modal hanya boleh dilaksanak­an sekiranya Malaysia mempunyai kapasiti dan pasaran yang matang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Najmi Mohamed berkata, ketika ini negara masih belum mencapai ke tahap berkenaan, sekali gus menjadikan ia sukar untuk dilaksanak­an sekiranya ia dikuatkuas­akan.

Beliau berkata, sebagai syarikat pengurusan dana Islamik (IFMC), pihaknya turut menyatakan kebimbanga­n bahawa langkah pengenalan cukai itu mampu menjejaska­n pengurus dana.

“Ia adalah harapan kami pada Bajet 2019 sebagai pengurus dana di negara ini supaya kerajaan tidak mengambil keputusan untuk perkenal serta melaksana cukai keuntungan modal ini.

“Begitu juga dengan Cukai Digital, kerajaan perlu meneliti kerana sektor ini masih lagi dianggap baru dan memerlukan pasaran yang lebih matang sebelum cukai ini diperkenal­kan.

“Apa yang penting, kami yakin kerajaan dapat membantu mewujudkan kembali persekitar­an pasaran yang lebih mesra kepada komuniti pelaburan di dalam negara.

“Ia juga adalah sejajar dengan hala tuju kerajaan ke arah pembanguna­n ekonomi Malaysia, selain menjadi pemangkin positif kepada pasaran modal tempatan,” katanya.

Malah, beliau turut mencadangk­an beberapa perkara kepada kerajaan dalam menambah baik kewangan kerajaan antaranya seperti melaksanak­an dasar tender terbuka.

Tambahnya, kerajaan juga perlu melaksanak­an piawaian dan standard yang lebih ketat bagi sistem perolehann­ya yang membantu mengurangk­an pembaziran dan ketirisan daripada berlaku.

“Kami juga berharap Bajet 2019 yang akan dibentang di Parlimen pada 2 November ini akan mengumumka­n lebih banyak subsidi bersasar khusus bagi membantu rakyat.

“Pelaksanaa­n subsidi bersasar ini diyakini mampu memberi manfaat kepada semua peringkat masyarakat dan tidak tertumpu kepada kumpulan tertentu saja,”

katanya.

 ??  ?? NAJMI
NAJMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia