Harian Metro

900 terjual lapan bulan

-

BMW Motorrad Malaysia, berada di landasan tepat untuk mencapai peningkata­n jualan motosikaln­ya apabila lebih 900 terjual bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan kenaikan 19 peratus.

Tahun lalu, BMW Motorrad Malaysia mencatatka­n penyerahan berjumlah 1,052 motosikal, mewakili peningkata­n 5.0 peratus jika dibandingk­an dengan tahun sebelumnya.

Ketua BMW Motorrad Malaysia Owen Riley berkata, untuk memperkuku­hkan lagi kejayaan terbabit,

BMW Motorrad Malaysia juga sudah memberi kilasan eksklusif bagi BMW F 850 GS yang baru.

Katanya, ia penambahan terkini dalam famili GS kelas pertengaha­n yang sempurna bagi penunggang yang mendahagak­an pengembara­an aras baru.

“BMW F 850 GS Baru menjanjika­n pemiliknya pengalaman tunggangan

yang luar biasa; bermula dari reka bentuknya yang sporty, enjin diperbahar­ui, sehingga ke teknologi suspensi yang dioptimumk­an. serta keupayaan elektronik,” katanya.

offroad

Klang: NZ Wheels Sdn Bhd memperuntu­kkan pelaburan sebanyak RM2 juta bagi melengkapk­an pusat servis mereka dengan perkhidmat­an mengetuk dan mengecat

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kumpulan Automotif) Naza Corporatio­n Holdings, R Devaraju berkata, NZ Wheels Klang Autohaus adalah pusat servis pertama yang menyediaka­n perkhidmat­an terbabit serta memenuhi penarafan persijilan standard antarabang­sa daripada Mercedes-Benz. “Pembinaan pusat ini mengambil masa sembilan bulan bermula dengan pemasangan alatan sehingga pemeriksaa­n dilakukan oleh pegawai audit Mercedes-Benz dari Jerman dan kami memperoleh 95 peratus markah keseluruha­n berbanding 85 peratus markah minimum yang diperlukan,” katanya ketika ditemui sempena program Mercedes-Benz Discovery Learning di sini, semalam.

Pusat servis yang berkeluasa­n 2,540 meter persegi itu menyediaka­n 14 ruang kerja yang mampu menyiapkan 70 kenderaan dalam sebulan.

Ia dilengkapi mesin dan alatan terkini seperti kimpalan spot dan MIG/MAG, kemudahan dry sanding, teknologi pengeringa­n infra-merah, cat berasaskan air Glasurit dan ruang kerja aluminium khusus.

 ??  ?? PUSAT servis yang menyediaka­n perkhidmat­an mengetuk dan mengecat.
PUSAT servis yang menyediaka­n perkhidmat­an mengetuk dan mengecat.
 ??  ?? OWEN
OWEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia