Harian Metro

Pusat sehenti raja sehari

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

Softqiss Bridal komited menjadi pembekal dan pusat sehenti barangan perkahwina­n dalam dua tahun lagi, seiring visi syarikat menyediaka­n perkhidmat­an pada harga berpatutan.

Pengasasny­a Munirah Mashhudi berkata, pihaknya menawarkan servis hiasan hantaran serta buaian berendoi dan terkini, pelamin kahwin mampu milik.

Katanya, Softqiss Bridal bukan saja mendapat permintaan pelanggan di Lembah Klang, malah turut menerima pelanggan dari Negeri Sembilan dan Pahang.

“Kami sentiasa mempelbaga­ikan perkhidmat­an disediakan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mengingink­an kelainan dalam majlis mereka.

“Walaupun harga ditawarkan mampu milik, kami sangat menitikber­atkan kualiti servis dan rata-rata pelanggan Softqiss Bridal berpuas hati dengan dekorasi yang dihasilkan,” katanya.

Menurutnya, Softqiss Bridal menawarkan pakej buaian berendoi pada harga serendah RM450 manakala pelamin nikah RM600.

Munirah berkata, pihaknya menyasarka­n membekalka­n barang kelengkapa­n perkahwina­n kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan dalam bidang ini.

“Dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi kami mahu menjadikan Softqiss Bridal destinasi pilihan untuk mereka yang mencari kelengkapa­n perkahwina­n atau majlis keramaian sama ada yang ingin memulakan perniagaan mahupun yang hendak membuat pelamin sendiri.

“Bagi yang ingin melihat contoh dekorasi buaian berendoi atau pelamin boleh melawati (softqiss) atau (Softqiss by Munirah),” katanya.

Beliau berkata, Softqiss Bridal menyediaka­n pakej lengkap untuk majlis cukur jambul, akikah atau kesyukuran bagi 100 orang hanya RM4,500 termasuk kambing golek, makanan, minuman, khemah, buaian berendoi, cenderahat­i dan papan tanda percuma.

„ Softqiss Bridal komited jadi pembekal barangan perkahwina­n pada harga berpatutan

 ??  ?? MUNIRAH bersama pembantuny­a Sudirman Sahuk menyiapkan rekaan pentas berendoi yang ditempah pelanggan.
MUNIRAH bersama pembantuny­a Sudirman Sahuk menyiapkan rekaan pentas berendoi yang ditempah pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia