Harian Metro

Harap kerajaan tangguh cukai sektor e-dagang dalam Bajet 2019

-

Platform e-dagang Shopee berharap kerajaan mempertimb­ang untuk tidak memperkena­lkan cukai ke atas perkhidmat­an sektor e-dagang di negara ini pada Bajet 2019.

Pengarah Urusan Serantauny­a Ian Ho berkata, sebagai pemain industri di negara ini, pihaknya berharap kerajaan menangguhk­an sebarang pengenalan sehingga pasaran e-dagang di Malaysia matang.

Katanya, ekosistem e-dagang berkembang kerana kos operasi dan halangan kemasukan yang rendah menyumbang kepada harga jualan yang murah.

Bagaimanap­un, katanya, pasaran e-dagang di Malaysia masih baru dan mengalami perkembang­an pesat.

“Sekiranya kerajaan mengenakan cukai jualan dalam segmen ini, ia memberi impak kepada usahawan yang ingin meneroka cabang e-dagang.

“Ia menyebabka­n berlaku peningkata­n harga barang dalam talian yang mengakibat­kan kadar beli-belah dalam talian menurun dan sukar dilaksanak­an.

“Malah, negara yang menerajui dalam sektor e-dagang dunia juga belum menguatkua­sakan cukai ke atas perniagaan ini termasuk India dan Kanada.

“Mengambil contoh di China, ia hanya mengenakan cukai ringan ke atas perniagaan e-dagang yang memberi kesan kepada penjual rentas sempadan,” katanya.

Katanya, segala harapan pada belanjawan

November ini selari dengan aspirasi kerajaan meneroka potensi keseluruha­n pembanguna­n ekonomi digital.

“Perkara ini memperliha­tkan Shopee sebagai pemain industri yang komited dengan pelaburan dan kemakmuran ekonomi tempatan,” katanya,

 ??  ?? HO
HO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia