Harian Metro

Patik Infinity bekal 12,000 telur itik sebulan

-

Kuala Lumpur: Patik Infinity Solution berusaha memperkuku­hkan perusahaan ternakan itik telur jenis

yang dijalankan menerusi kerjasama dengan penternak, pengusaha kedai makanan dan individu atau syarikat yang berminat membina perniagaan sebagai satu pasukan.

Pengasasny­a Hairul Jalil Zahari berkata, langkah itu sebagai usaha pengembang­an syarikat selain membantu pihak terbabit mengatur strategi perniagaan dalam hal pemasaran bagi meningkatk­an perniagaan dalam industri ternakan itik.

Menurut Hairul, setakat ini sudah lebih 10 pihak bersetuju menjalin kerjasama dan pihaknya berharap bilangan penyertaan bertambah bagi menguatkan jentera pasukan.

“Patik Infinity

Solution ditubuhkan pada awal tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, kita sudah membekalka­n telur berbenih, tidak berbenih dan asin kepada pelanggan terdiri daripada usahawan pembenihan anak itik dan pengusaha kedai makan.

“Secara purata, kira-kira 12,000 telur dibekalkan kepada pelanggan sebulan dan jumlah itu membolehka­n kita menerima keuntungan RM86,400 dalam setahun.

“Melihat potensi, jumlah permintaan dan keuntungan diterima memberi keyakinan untuk kita melangkah setapak ke hadapan menerusi konsep perniagaan berpasukan yang dijangka memberi pulangan lebih baik,” katanya.

Hairul berkata, selain penternak dan pengusaha tempatan, konsep perniagaan berkenaan turut menarik minat pengusaha dari Mesir dan Dubai.

Justeru, pihaknya tidak menolak kemungkina­n meluaskan kerjasama dalam usaha mengembang­kan perniagaan syarikat.

“Syarikat tidak mengehadka­n kerjasama dengan pemain industri tempatan saja, tetapi membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk dari luar negara yang berminat,” katanya.

 ??  ?? HAIRUL (kiri) bersama rakan kongsi, Fazrysham Kamran (tengah) dan Mohd Shahrulniz­am Alias menunjukka­n telur itik yang siap dipasarkan.
HAIRUL (kiri) bersama rakan kongsi, Fazrysham Kamran (tengah) dan Mohd Shahrulniz­am Alias menunjukka­n telur itik yang siap dipasarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia