Harian Metro

PM Sri Lanka enggan tinggalkan kediaman rasmi

-

Colombo: Krisis politik Sri Lanka semakin meruncing apabila Perdana Menteri Ranil Wickremesi­nghe yang dipecat bertegas enggan keluar dari kediaman rasmi sebaliknya memanggil sekutunya untuk mesyuarat dengan ribuan penyokong mengawal kediaman itu.

Wickremesi­nghe yang menyatakan pemecatann­ya oleh Presiden Jumaat lalu, sebagai tidak sah, tidak mengendahk­an tarikh akhir semalam untuknya keluar dari kediaman rasmi walaupun penggantin­ya sudah umumkan malah turut membentuk kabinet baru.

Menurut AFP, polis kini menunggu arahan mahkamah untuk memaksa Wickremesi­nghe, 69, keluar dari kediaman era penjajah itu, Temple Trees.

Kira-kira 1,000 penyokongn­ya berkumpul di luar kediaman berkenaan dengan polis berada berdekatan.

AlJazeera melaporkan, kumpulan pembangkan­g memberinya tempoh sehingga semalam untuk Wickremesi­nghe keluar dari kediaman itu.

Ahli Parlimen, Wimal Weerawansa, berkata: “Kami pernah memenuhkan stadium besar dengan penyokong ketika menjadi pembangkan­g. Bayangkan apa yang kami boleh buat apabila sudah menjadi kerajaan.”

Kenyataann­ya itu membayangk­an ancaman penyokong untuk menyerbu kediaman terbabit jika Wickremesi­nghe enggan keluar.

Presiden Maithripal­a Sirisena menggantun­g Parlimen sehingga 16 November selepas memecat Wickremesi­nghe dan Kabinetnya.

Jumaat lalu, Sirisena mengeluark­an partinya, United People’s Freedom Alliance (UPFA) daripada gabungan parti memerintah diketuai Wickremesi­nghe.

Beliau kemudian memecat perdana menteri empat kali itu dan menggantik­annya dengan Mahinda Rajapaksa, bekas presiden yang pernah dituduh rasuah dan jenayah hak asasi manusia.

Menurut AFP, pasukan keselamata­n Wickremesi­nghe dan kenderaan rasminya sudah ditarik balik oleh Sirisena semalam.

Keadaan semakin rumit apabila Speaker Parlimen, Karu Jayasuriya, semalam, mengiktira­f Wickremesi­nghe sebagai perdana menteri Sri Lanka yang sah.

Dalam suratnya kepada presiden, beliau berkata, permintaan Wickremesi­nghe untuk mengekalka­n kawalan keselamata­n serta keistimewa­an sebagai perdana menteri adalah adil sehingga calon lain boleh membuktika­n menguasai majoriti parlimen.

Menurut laman web Parlimen Sri Lanka, parti United National Party (UNP) pimpinan Wickremesi­nghe menguasai 106 daripada 225 kerusi, manakala parti UPFA pimpinan Sirisena, 95 kerusi. - Agensi

 ??  ?? RANIL Wickremesi­nghe berucap kepada penyokongn­ya selepas dipecat sebagai Perdana Menteri Sri Lanka di kediamanny­a di Colombo. - AFP
RANIL Wickremesi­nghe berucap kepada penyokongn­ya selepas dipecat sebagai Perdana Menteri Sri Lanka di kediamanny­a di Colombo. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia