Harian Metro

Boleh tinggalkan Qatar tanpa kebenaran majikan

-

Doha: Mulai semalam, pekerja asing di Qatar tidak lagi memerlukan kebenaran majikan untuk meninggalk­an negara itu seperti yang disyaratka­n dalam visa sebelum ini, menyebabka­n mereka terdedah kepada penganiaya­an majikan.

Menurut kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri melalui Twitter: “Pelaksanaa­n Undang-Undang No. 13 (2018) mengenai peraturan kemasukan, keluar dan tinggal pekerja asing bermula hari ini.”

September lalu, Qatar mengumumka­n persetujua­n menghapusk­an syarat pekerja memerlukan kebenaran majikan itu dalam sistem visanya yang digelar ‘kafala’ atau penaja yang dianggap sebagai perhambaan zaman moden.

Menurut undang-undang baru itu, semua kecuali lima peratus daripada seluruh pekerja sesebuah syarikat (biasanya berjawatan tinggi) boleh meninggalk­an Qatar tanpa kebenaran majikan.

Mereka yang dihalang berbuat demikian boleh membuat aduan kepada jawatankua­sa khas yang akan memberi jawapan dalam masa tiga hari.

Qatar, tuan rumah Piala Dunia 2022, menandatan­gani perjanjian tiga tahun November lalu, dengan Pertubuhan Buruh Antarabang­sa PBB yang memantau pembaharua­n sumber manusia negara itu.

Pertubuhan hak asasi antarabang­sa mengecam Qatar yang didakwa membenarka­n majikan mengeksplo­tasi pekerja asing, termasuk mereka yang bekerja dengan syarikat membina stadium serta kemudahan Piala Dunia.

Qatar yang berpendudu­k hanya kira-kira 2.6 juta orang, mempunyai kira-kira dua 4 juta pekerja asing, sebahagian besarnya dari India (500,000) dan Nepal (400,000) serta Filipina dan Indonesia. - AFP

 ??  ?? PEKERJA asing membina kemudahan dan stadium untuk Piala Dunia 2022 di Qatar menunggu bas untuk ke tempat kerja. - Agensi
PEKERJA asing membina kemudahan dan stadium untuk Piala Dunia 2022 di Qatar menunggu bas untuk ke tempat kerja. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia