Harian Metro

Tayang koleksi pistol

- Agensi

„ Penyerang rumah ibadat Yahudi muat naik gambar pistol Glock

Seorang lelaki yang menembak mati 11 mangsa di sebuah rumah ibadat Yahudi di sini, kelmarin sempat menayangka­n koleksi senjatanya di laman sosial kira-kira sebulan sebelum melakukan serangan berkenaan.

Mirror Online melaporkan, Robert Bowers, 46, memuat naik gambar tiga pistol jenis glock di Twitter dengan keterangan gambar “keluarga Glock saya.”

Lelaki itu juga memuat naik gambar keputusan latihan menembak di lapang sasar.

Dalam insiden yang turut mengakibat­kan enam mangsa cedera, Bowers dilaporkan menjerit ‘semua orang Yahudi mesti mati’, ketika menyerbu masuk ke rumah ibadat, Tree of Life, ketika puluhan penganut Yahudi berkumpul bagi menyertai upacara Sabbath.

Bowers menggunaka­n raifal separuh automatik dan tiga senapang patah untuk menembak semua mangsa.

Dia berjaya ditahan selepas insiden berbalas tembakan dengan pihak polis, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.

Bowers kemudianny­a didakwa dengan 29 pertuduhan jenayah dan keganasan, termasuk 11 tuduhan menggunaka­n senjata api hingga mengakibat­kan kematian oleh pihak pendakwa Amerika Syarikat.

Suspek turut berdepan 11 tuduhan menghalang orang ramai menjalanka­n aktiviti agama, hingga menyebabka­n kematian.

“Insiden keganasan itu adalah berdasarka­n undang-undang hak asasi persekutua­n yang melarang jenayah kebencian,” kata pihak pendakwaan dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pihak berkuasa berkata, Bowers bakal berdepan pertuduhan yang boleh membawa hukuman mati.

Pittsburgh: Penyerang sebuah rumah ibadat Yahudi, Robert Bower sering menulis komen anti-Yahudi di Internet terutama laman sesawang Gab.com yang popular dengan teori konspirasi.

Agensi pemantau kumpulan pelampau di Internet, SITE Intelligen­ce Group memberitah­u, di atas laman milik Bowers terdapat satu ayat “Yahudi adalah anak Syaitan”.

Kejadian kelmarin berlaku sehari selepas seorang penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Florida ditangkap kerana menghantar alat letupan kepada anggota Demokrat dan Liberal.

Trump juga dituduh menyebar kebencian dengan ucapan bersifat retorik yang memecahbel­ahkan perpaduan.

“Saya berpendapa­t Trump kini memecahbel­ahkan kita,” kata seorang penduduk, Nathan yang datang ke lokasi serangan untuk memberi penghormat­an kepada mangsa yang terbunuh.

“Trump mencipta kebencian dan sekiranya dia tidak mengambil sedikit tanggungja­wab, ia sangat memalukan,” tegasnya.

Pembunuhan di kuil Yahudi berkenaan kelmarin dianggap sebagai serangan terburuk anti-Yahudi dalam sejarah AS. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR koleksi pistol glock yang dimuat naik Bowers di laman sosial. - Agensi
GAMBAR koleksi pistol glock yang dimuat naik Bowers di laman sosial. - Agensi
 ??  ?? ROBERT Bowers
ROBERT Bowers

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia