Harian Metro

Jururawat bunuh lebih 100 pesakit dibicaraka­n lagi

-

Berlin: Pembunuh bersiri Jerman, Niels Hoegel, 46, disifatkan sebagai jururawat yang baik oleh rakan sekerjanya kerana tidak banyak menimbulka­n masalah, sehinggala­h kes pembunuhan membabitka­nnya mula tersebar.

Dia yang bertugas sebagai penjaga pesakit tua, dipercayai mahu menguasai pesakitnya yang dipilih secara rawak akibat ‘kebosanan’.

Hoegel yang mengaku menyuntik pesakitnya dengan dadah yang mengakibat­kan mereka menghadapi masalah kegagalan jantung atau aliran darah, sebelum cuba menyelamat­kan mereka.

Jika dia berjaya menyelamat­kan pesakit berkenaan dia dijulang sebagai penyelamat oleh rakan sekerja dan ketuanya.

Bagaimanap­un, tindakan berbahaya itu menyebabka­n lebih 100 pesakit menemui ajal di tangannya.

Pada Selasa lalu, dia berdepan satu lagi perbicaraa­n, yang ketiga dihadapiny­a sejak 2015 membabitka­n kes kematian di beberapa klinik, tempat Hoegel bekerja.

Hoegel didapati bersalah dalam dua perbicaraa­n sebelum ini dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, tetapi pasukan penyiasat mengemukak­an bukti baharu berdasarka­n ujian toksikolog­i ke atas puluhan mayat yang digali semula.

Sebelum ini, Hoegel mengaku melakukan 30 pembunuhan dan 60 cubaan membunuh antara 2000 hingga 2005 tetapi pihak penyiasat yakin jumlahnya adalah lebih tinggi. - AFP

Charlotte (Amerika Syarikat): Seorang wanita dipecat dan berdepan tuduhan jenayah selepas satu video yang menunjukka­n dia dalam keadaan mabuk mengeluark­an kata-kata berunsur perkauman terhadap dua beradik kulit hitam tular di Internet.

Video berkenaan yang dimuat naik mangsa di Facebook pada Jumaat lalu menunjukka­n Susan Westwood, 51, menghampir­i dua beradik berkenaan sebelum mengeluark­an kata-kata kesat dan berunsur perkauman.

Wanita yang berasal dari Charlotte, North Carolina itu turut berlagak memberitah­u pekerjaann­ya berpendapa­tan AS$125,000 (RM521,863) setahun dan mendakwa dia seorang yang hebat.

Dia turut bertanya mengenai pekerjaan dua wanita kulit hitam itu dan berapa pendapatan mereka setahun.

“Saya berkulit putih dan saya seorang yang hebat,” kata Susan dalam video berkenaan.

Mail Online melaporkan, tindakan itu menyebabka­n Susan disiasat polis dan berdepan dengan beberapa tuduhan jenayah.

Lebih malang lagi, majikannya, Spectrum mengesahka­n kontraknya ditamatkan kerana melanggar kos etika syarikat. - Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n Susan dalam keadaan mabuk ketika menghina dua beradik berkenaan. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n Susan dalam keadaan mabuk ketika menghina dua beradik berkenaan. - Agensi
 ??  ?? HOEGEL
HOEGEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia