Harian Metro

Enggan susahkan orang

- DARI MUKA 42

Walaupun menghampak­an

pengarah dan produksi, Fouziah tolak dengan cara baik

“Saya rindu berlakon tetapi buat masa ini, saya perlu berikan tumpuan kepada perniagaan yang sedang berkembang.

“Sekarang ini pun saya kena bahagikan masa antara keluarga dan bisnes. Kalau saya ambil pula tawaran berlakon, tanggungja­wab saya akan bertambah dan bimbang menyusahka­n banyak pihak,” katanya.

Kata Fouziah lagi, walaupun terpaksa menghampak­an harapan pengarah dan produksi yang ingin melihat dia menerajui sesebuah drama, dia menolak dengan cara baik tanpa mengguris hati manamana pihak.

Membawakan gelaran Hajah dan Datin, Fouziah menegaskan status itu sama sekali bukan penyebab dirinya memperlaha­nkan langkah sebagai pelakon.

“Datin itu saya dapat tumpang suami. Namun, Hajah itu adalah pencapaian sendiri apabila menjalani rukun Islam kelima. Bagaimanap­un, saya masih orang yang sama,” katanya.

Bergelar Hajah pada September lalu, Fouziah tidak kisah andai ada peminat yang memanggil dia dengan gelaran berkenaan.

Mengakui ramai yang memberikan kritikan terhadap caranya berpakaian dan menggesa agar dia memadamkan gambar tidak bertudung di Instagram, dia menegaskan belum ada masa untuk berbuat demikian.

“Sudah pasti saya selesa dan suka kalau ada yang panggil saya

Hajah. Tambahan pula, ia memang saya dapat selepas menunaikan haji pada September lalu, bukan main kutip begitu saja.

“Sebaik-baik wanita adalah mereka yang menutup aurat sepenuhnya. Saya sedar, saya belum cukup baik. Namun, sekurang-kurangnya saya lebih baik daripada dahulu dan selangkah lagi ke arah kebaikan.

“Saya anggap perkara lalu adalah ujian di dunia dan juga pengajaran. Gambar di Instagram pun saya belum sempat padam sebab tidak ada masa. Saya hanya sempat muat naik gambar saja,” katanya.-Ardini Sophia Sina

 ??  ??
 ??  ?? Kalau saya ambil pula tawaran berlakon, tanggungja­wab saya akan bertambah dan bimbang menyusahka­n banyak pihak
Kalau saya ambil pula tawaran berlakon, tanggungja­wab saya akan bertambah dan bimbang menyusahka­n banyak pihak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia