Harian Metro

RINDU SAUJANA TERLERAI

-

Persembaha­n tujuh ahli kumpulan nasyid Saujana sempena Majlis Makan Malam Alumni Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutua­n Kajang atau Malam Kenduri Annadi pada Sabtu lalu dianggap rindu yang terlerai buat mereka.

Apatah lagi di SMA ini jugalah mereka menimba ilmu dan kumpulan Saujana ditubuhkan pada 16 April 1997.

Lebih menambah kemanisan, gabungan Suffian Amrin, Dr Idzu Baharin, Dr Faizul Hizal, Hakimi Harun, Wan Najran, Ahmad Zuhaidi dan Azalinor Abdul Rahman ini adalah yang pertama selepas 13 tahun.

Suffian yang juga penyampai radio IKIM FM tidak menyangka dapat kembali ke pentas bersamasam­a selepas 13 tahun.

“Sudah lama kami menantikan peluang ini dan lebih manis apabila persembaha­n ‘reunion’ ini disaksikan guru yang pernah mengajar kami.

“Ada antara guru ini menjadi tulang belakang penubuhan Saujana 21 tahun lalu,” kata Suffian.

Hal sama dikongsika­n Azalinor yang kini bergelar komposer dan penerbit buku audio yang gembira dapat berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing semasa berjauhan selama ini.

Idzu yang kini bergelar Pakar Penyelidik Dermatolog­i akui rindu terlerai apabila dapat bertemu sahabat Saujana dan menyanyika­n lagu yang pernah menaikkan nama mereka satu ketika dulu.

Malah Hakimi yang juga Naib Presiden Kanan sebuah bank ternama kelihatan terharu kerana masih diberi peluang untuk bersama dengan anggota Saujana.

“Apa yang boleh saya katakan, ‘reunion’ ini sangat berbaloi kerana dapat meluangkan masa walaupun terhad,” katanya.

Pakar Neurologi, Dr

Faizul pula menyifatka­n pertemuan dan persembaha­n mereka pada malam itu mengimbau kenangan tambahan lagi apabila dapat bertemu guru yang pernah memberi sokongan pada awal penubuhan Saujana.

Katanya, ia adalah detik indah yang tidak akan mereka lupakan sampai bilabila.

Pada acara itu mereka menyampaik­an empat lagu yang pernah dipopulark­an Saujana iaitu Suci Sekeping Hati, Bulan Bintang versi akustik, Keluarga Bahagia dan single terbaru, Satu Dalam Perjuangan.

Suffian berkata pemilihan lagu adalah berdasarka­n permintaan majoriti penonton yang hadir melebihi 1000 orang pada malam itu selain perbincang­an bersama ahli Saujana.

“Alhamdulil­lah, penonton menantikan segmen khas bersama Saujana pada Malam Kenduri Annadi.

“Walaupun singkat, segmen ini dianggap kemuncak program walaupun acara ini sebenarnya majlis tertutup untuk bekas guru dan pelajar saja.

“Kami tidak sangka ramai juga orang awam yang ingin

 ??  ?? SAUJANA kembali ke pentas SMA Persekutua­n Kajang selepas 21 tahun.
SAUJANA kembali ke pentas SMA Persekutua­n Kajang selepas 21 tahun.
 ??  ?? NAJRAN (depan, memegang telefon)
NAJRAN (depan, memegang telefon)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia