Harian Metro

SENTUHAN STEVE MASIH BERBISA

- Nur Aqidah Azizi nur@nstp.com.my

Kepakarann­ya mengendali­kan alat muzik perkusi sehingga pernah mengiringi pelbagai persembaha­n artis terkenal dalam dan luar negara.

Ahli muzik kelahiran Brooklyn New York,

Steve Thornton pernah menyumbang­kan hasil kerja kreatifnya untuk Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid dan Raihan.

Selain itu, beliau juga pernah berkongsi pentas dengan beberapa artis antarabang­sa seperti Kris Dayanti, Harry Belafonte, Jackie Cheung, Mongo Santamaria dan Sadao Watanabe dan ramai lagi.

Walaupun kelibatnya di persada muzik tempatan semakin kurang dilihat sejak beberapa tahun lalu, karier muzik Steve masih berjalan seperti biasa.

“Saya masih aktif mengiringi persembaha­n pelbagai artis tempatan. Malah, saya baru saja mengadakan persembaha­n bersama Afdlin Shauki di Singapura baru-baru ini dan bakal mengiringi persembaha­n Zainal Abidin minggu depan,” katanya.

“Walaupun tidak lagi berada di depan kamera, hakikatnya jadual kerja saya masih padat dengan pelbagai aktiviti dan persembaha­n,” katanya tersenyum.

Meskipun perjalanan karier muziknya tidak lagi diiringi populariti yang pernah dikecapiny­a, kemahiran Steve sebagai perkusi handalan terbukti masih berbisa.

Ini dapat dilihat melalui persembaha­n mantapnya di ‘One Night Only Steve Thornton feat Sasya Zen & Friends Showcase’ yang julung kali diadakan di sebuah hotel terkenal dan rata-rata peminat yang menyaksika­n persembaha­n itu mengakui terhibur.

Kelincahan beliau memainkan pelbagai jenis alat muzik membuatkan penonton terpegun. Dalam persembaha­n berdurasi satu jam itu,

Steve dan penyanyi Sasya menghiburk­an peminat dengan pelbagai lagu popular termasuk Human, Akhirnya Kini Pasti, Lady Marmalade, Tiada Lagi dan You Had Me.

Persembaha­n itu turut menampilka­n lagu baru, Wonderful To Love ciptaan Steve dan lirik oleh Sasya. Lebih menarik, lagu itu dihasilkan khas untuk anak autistik apabila Steve juga turut menjadi tenaga pengajar muzik di beberapa pusat autistik di Kuala Lumpur.

“Lagu ini cukup dekat di hati saya. Bukan sahaja kerana saya dikeliling­i anak autistik tetapi juga kerana penyanyi kumpulan ini, Sasya turut mempunyai seorang anak autistik.

“Saya berasakan gabungan idea dan pengalaman kami berdua cukup mantap bagi menghasilk­an lagu istimewa ini,” katanya.

Steve atau nama Islamnya, Hassan Ali menceritak­an dia mula meminati alatan dram ketika berusia tujuh tahun.

“Dalam apa jua pekerjaan, anda perlu mempunyai seorang idola yang boleh menaikkan semangat anda. Pada ketika itu, saya amat meminati bakat seorang pemuzik terkenal, Mongo Santamaria.

“Pada 1968, saya menubuhkan kumpulan pertama, The Young Explosives yang berkonsepk­an Latin-jaz dan dianggotai empat pemuzik. Kami mengadakan persembaha­n di stesen televisyen tempatan di Channel 5 Inside BedfordStu­vyesant dan di Apollo Theatre,” katanya.

Setahun kemudian, Steve bertemu Mongo Santamaria di Kelab Beacon, 111 Street dan Lennox Avenue.

Apabila dia memberitah­u Mongo betapa dirinya begitu meminati pemuzik itu, Steve diberi peluang bermain konggo.

“Mendengar paluan tiga kongga yang saya mainkan, Mongo amat seronok lantas duduk bermain di sebelah saya. Kami bermain untuk beberapa ketika sebelum akhirnya Mongo memuji kehebatan.

“Itulah pengalaman paling manis saya. Ia boleh diibaratka­n seperti mimpi jadi kenyataan,” kata Steve.

Sambungnya, pengalaman itu juga mengajarny­a untuk menjadi pemuzik yang merendah diri dengan membuka peluang kepada pemuzik muda dan baru untuk mendekatin­ya.

“Sekiranya Mongo tidak beri peluang kepada saya untuk menunjukka­n bakat pada malam itu, mungkin saya tidak berada di tahap ini sekarang. Atas sebab itulah, saya suka membantu pemuzik baru yang bersemanga­t untuk belajar dan membina karier yang kukuh,” katanya.

Steve, anak ke-13 daripada 14 beradik itu kemudian mula bermain secara profesiona­l pada

1972 sewaktu mengiringi persembaha­n Jon Lucien dalam jelajah di negaranya, AS. Sejak itu dia sering diundang mengiringi penyanyi terkemuka termasuk Harry Belafonte.

Malah Steve juga menjadi pemuzik undangan untuk album rakaman Dizzy Gillespie, Grover Washington Jr, Herbie Hancock dan Sadao Watanabe. Pada 1989, buat pertama kalinya Steve berkunjung ke Malaysia kerana mengiringi persembaha­n Sadao Watanabe, pemuzik jaz terkemuka dari Jepun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Di situlah, dia mula mengenali Faridah Sanusi yang kemudian disunting menjadi suri hatinya. Hasil perkongsia­n hidup mereka, pasangan suami isteri itu dikurniaka­n tiga anak perempuan dan seorang lelaki.

“Hidup saya lebih bahagia dan lengkap.

Isteri dan anak adalah tulang belakang dan

Hasilkan

lagu Wonderful

To Love khas buat anak autistik

kekuatan saya.

“Saya juga sangat teruja kerana anak turut menunjukka­n minat terhadap bidang muzik. Saya dan isteri tidak memaksa, mereka bebas membuat pilihan,” katanya.

Dalam arus pemodenan dan kecanggiha­n teknologi, Steve mengakui cabaran mengekalka­n kelangsung­an karier muzik bagi setiap pemain industri amat besar.

“Muzik perlu berevolusi. Walaupun muzik masa kini banyak digabungka­n dengan bunyi yang dihasilkan daripada kecanggiha­n teknologi, pada akhirnya elemen asli sesebuah muzik itu tetap harus dikekalkan.

“Saya melihat perubahan dalam industri muzik lebih terarah kepada cara muzik dipasarkan iaitu secara digital dan sebagainya.

Dari sisi lain, fungsi muzik masih kekal sebagai sumber hiburan atau ketenangan bagi mereka yang mencintai muzik,” katanya.

Steve berkata, beliau juga berhasrat untuk mengeluark­an sebuah buku biografi yang akan berkongsi perjalanan karier muziknya yang bermula di New York.

“Ia masih dalam perancanga­n. Di dalam buku itu nanti, saya bercadang menyelitka­n kod khas apabila peminat boleh menggunaka­n kod ini untuk memuat turun lagu terbaru saya kelak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia