Harian Metro

SIKAP BERUBAH SEIRING POPULARITI

-

Ada seorang selebriti terkenal yang bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan tetapi juga boleh menyanyi. Mempunyai jutaan pengikut di Instagram malahan sokongan daripada kelab peminatnya juga sangat kuat.

Dia pandai bergaul dan mengambil hati. Rasanya, ramai orang menyenangi sikapnya yang merendah diri dan mudah mesra. Baru sekali jumpa tapi rasa macam dah bertahun kenal.

Bagaimanap­un, seiring waktu dan populariti, sikapnya turut berubah. Siapa bermata tajam pasti akan perasan perangainy­a yang ada kalanya seakan-akan tidak tahu menghormat­i orang lebih tua.

Dalam satu temu bual, selebriti itu ada meluahkan perasaan ketidakpua­san hatinya. Hos rancangan pula yang memang terkenal dengan sikap suka melawak sesekali mengusik manja.

SS terkedu melihat wanita itu yang terjeritje­rit membalas balik lawak dan pertanyaan daripada dua pengacara berkenaan. Sekali dua mungkin bolehlah SS pejam mata saja tetapi berlarutan hinggakan seorang daripada pengacara itu jelas menunjukka­n riak rimas pada wajahnya.

Sebelum ini pun, netizen pernah mengecam dan mengkritik sikap selebriti itu dalam sebuah rancangan lain. Antara yang dikatakan netizen adalah caranya bergurau seolah-olah sudah cukup besar dalam industri.

Apabila ditegur, peminat wanita itu naik hantu dan mendakwa netizen hanya mencari keburukan serta sengaja menjatuhka­n imej selebriti berkenaan.

Bagaimanap­un, pendapat SS pula, jangan sampai butakan mata hanya kerana meminati seseorang itu. Kalau salah, dia tetap salah. Tidak perlu menaikkan nada suara walaupun geram dengan ‘permainan’ industri hiburan tempatan.

Bersederha­na itu kan lebih baik? Tak perlulah terlalu menyuaraka­n atau memperliha­tkan ketidakpua­san hati. Rasanya, sesi luahan perasaan itu ada dilakukan dalam satu majlis yang lain. Oleh itu, cukup-cukuplah. Jaga kata-kata dan tingkah laku, takut nanti pembenci semakin ramai.

SS: Jangan dipengaruh­i emosi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia