Harian Metro

SI PEMALAS SANGGUP ‘BULI’ IBU

-

Penyanyi ini diasah bakatnya menerusi sebuah program pertanding­an realiti beberapa tahun lalu. Walaupun berbakat, rezekinya untuk bersinar dalam industri muzik tanah air masih belum tiba.

Nak dijadikan cerita, penyanyi yang sedang mencari ruang untuk bertapak ini menghadiri sebuah sesi fotografi. Dia ditemani ibunya yang kelihatan agak berusia.

Kasih seorang ibu, dia gigih menemani satu-satunya anak perempuann­ya itu. Sepanjang sesi fotografi berjalan, kelihatan si ibu memegang telefon bimbit dengan kipas kecil disambungk­an ke telefon berkenaan.

Dia asyik mengekori langkah anaknya sambil menghalaka­n kipas itu kepada penyanyi berkenaan. Anaknya ke kiri, dia pun ke kiri. Anaknya ke kanan, dia pun ke kanan. SS tak faham, studio fotografi terlalu sejuk tapi kenapa masih perlukan kipas kecil itu?

Orang lain sudah menggigil kesejukan tapi dia masih perlukan kipas berkenaan tetapi SS diamkan saja. Mungkin jenis tubuhnya yang mudah berpeluh walau hanya melakukan sedikit pergerakan.

Selesai sesi fotografi, penyanyi berkenaan tukar baju yang lebih santai. Sebaik saja tirai bilik persalinan dibuka, kelihatan baju berlonggok di lantai. Sekali lagi SS terkejut. Dalam bilik itu ada disediakan tempat untuk menyangkut pakaian, tapi kenapa memilih untuk longgok di lantai?

Kalaulah pencuri masuk ke bilik itu tentu dia sesat mencari jalan keluar. Rasanya pembaca boleh bayangkan keadaan bilik itu.

Sudah buat sepah, boleh pula dia minta ibunya kemaskan baju berkenaan. Kalau ya pun sudah terbiasa semuanya dibantu, bukankah sudah tiba masa mengemas barang sendiri?

Jangan nanti sudah berumah tangga pun masih minta bantuan ibu untuk kemaskan rumah. Biasakanla­h diri untuk tidak menyusahka­n ibu bapa.

SS: Ada yang bertudung tapi seluar sendat menampakka­n bentuk punggung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia