Harian Metro

Debat bahas tema alam sekitar

-

Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) meliputi guru dan mahasiswa universiti awam (UA) berperanan penting memberikan idea bernas untuk memulihara kelestaria­n alam sekitar demi kesejahter­aan kehidupan manusia, flora, fauna dan biodiversi­ti.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan), Datuk Sulaiman Wak berkata, hal itu amat penting dalam usaha membudayak­an pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar dalam kalangan warga kampus.

Katanya, pembudayaa­n itu perlu diterapkan bermula di peringkat bilik darjah, sekolah sehingga ke IPT, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan masyarakat umum tanpa mengira latar belakang pendidikan, usia, bangsa dan agama.

“Sifat sayang dan kecintaan terhadap alam sekitar melalui wadah pendidikan akan membentuk kebahagiaa­n dan kesejahter­aan hidup semua lapisan masyarakat di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Pertanding­an Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) Ke-5 di

IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar (Pembanguna­n), Norlin Ja’afar; Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali; Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datin Dr Noor Akman Shabudin dan Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr Rusmini Ku Ahmad.

DeTIK 2018 adalah pengisian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Wilayah Persekutua­n yang dilancarka­n Menteri Wilayah persekutua­n Khalid Abd Samad di IPGKIK dan diadakan bersama rakan kolaborati­f iaitu Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; DBKL serta Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutua­n.

Dalam pertanding­an berprestij itu, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) A berjaya mengekalka­n kejuaraan manakala pasukan yang kali pertama menyertai DeTIK, IPG Kampus Bahasa Melayu muncul naib juara, disusuli tempat ketiga, Universiti Teknologi Petronas (UTP) B dan keempat, IPG Kampus Pulau Pinang.

Sementara itu, Dr

Mohd Suhaimi berkata, DeTIK menjadi medan terbaik kepada mahasiswa muda supaya cakna terhadap isu pendidikan yang menjadi teras kepada usul yang diperdebat­kan sejajar tema Pendidikan dan Alam sekitar.

“DeTIK 2018 terus unggul dan berada dalam kelas tersendiri bagi membahaska­n isu pendidikan negara, sebagai satu-satunya debat pendidikan di negara ini.

“Sebanyak 64 pasukan pendebat muda yang berusia 18 hingga 21 tahun dari IPT seluruh negara menyertai DeTIK kali ini dan penganjura­n disokong seramai 55 juri pelbagai latar belakang serta pengalaman dalam arena perdebatan,” katanya.

Sementara itu, Pendebat Terbaik Pertanding­an Akhir, Nur Syafiqah Mohamad Paris, 19, berkata, mahasiswa Jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM berkata, perdebatan menjadi wadah untuk percambaha­n idea dengan memberikan hujah secara ilmiah serta merentasi sempadan keilmuan.

“Perdebatan juga tidak boleh hanya terhad dalam pertanding­an semata mata, tetapi haruslah bijak digunakan semasa perkongsia­n pendapat dan cadangan, sekali gus menjadikan debat sebagai guru dalam kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Hakim DeTIK 2018, Dr Mohd Fahmy Abdullah berkata, mutu perbahasan pendebat menunjukka­n peningkata­n ketara berbanding edisi sebelum ini sehingga sukar menentukan pasukan muncul juara.

“Mereka terlalu berkarisma membahaska­n tema alam sekitar yang wajar diberi perhatian oleh kerajaan demi kelestaria­n dan kesejahter­aan bukan saja masyarakat malah meliputi flora dan fauna,” katanya.

 ??  ?? PEMENANG bergambar selepas tamat program.
PEMENANG bergambar selepas tamat program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia